Pantai Penarik sudah ramai orang tahu sebenarnya. Namun, apa yang menarik disini ?

Tarikan Di Pantai Penarik Setiu terengganu
Tarikan Di Pantai Penarik Setiu Terengganu

Sebelum itu, mari kita berkenalan sedikit dengan kawasan tarikan pelancong ini. Nama pantai sememangnyalah pantai.

Sebuah pantai yang agak terperuk sebenarnya. Pada asalnya kawasan ini bukanlah kawasan kebanyakan kenderaan lalu lalang.


Laluan Kuala Terengganu ke Kota Bharu
 

Pada lokasinya ia terletak di antara Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Untuk ke Kuala Terengganu terdapat dua laluan, satu melalui Permaisuri dan lainnya adalah jalan pantai iaitu Penarik.
 

Jalan utama sebenarnya adalah melalui laluan Permaisuri, Penarik adalah alternatifnya.

Namun, kini ia sudah mula dikenali, jom lihat apa sebenarnya yang menjadikan Pantai Penarik, Setiu Terengganu menarik.

1. Pantai yang Jernih dan Tenang

Pantainya cukup panjang dan memiliki kawasan landai yang luas. Memandangkan kita bercakap mengenai pantai di Terengganu, semestinya kebiruan dan kehijauan pesisir lautnya boleh dipuji.
 

Apa lagi keputihan pasirnya, jika tiada sebarang tarikan pun, pantainya cukup indah, kecuali musim monson timur laut.

2. Permandangan Laut dan Pulau

Jika dipandang ke arah laut, kedudukan Pantai Penarik adalah terbaik untuk melihat pulau-pulau  popular di Terengganu.
 

Kelihatan Pulau Perhentian di sebelah hujung kiri, Pulau Lang Tengah, Pulau Redang yang kelihatan di hadapan dan Pulau Kapas di sebelah kanan.

Bila cuaca baik memang elok untuk melihat panorama ini.

3. Makanan Celup Tepung

Pada asasnya, Pantai Penarik mula dikenali kerana ini. Makanan celup tepung. Udang celup tepung, ketam celup tepung, ikan celup tepung dan beberapa makanan berasaskan makanan laut orang pantai timur.

Mula menyebabkan ia tular adalah dengan RM10 pengunjung dapat menikmati 45 hingga 60 ekor udang celup tepung.
 

Dari penularan promosi celup tepung inilah Pantai Penari mula menarik orang ke sini, dan memperkenalkan kawasan ini.

Terdapat banyak kedai disini seperti Ombak Pantai Celup Tepung, Restoran Trizai, Mr Celup Tepung Station dan ada beberapa lagi.

Semestinya ini telah menjadikan Pantai Penarik salah satu tempat makan yang menarik di Terengganu

4. Buaian, Pangkin, Dekorasi Tepi Pantai

Oleh kerana terdapat banyak kedai makan berasaskan celup tepung disini, masing-masing akan cuba untuk 'menarik' pengunjung untuk berhenti singgah dan makan di kedai mereka.
 

Mula-mula didirikan buaian ala-ala pantai di Bali, terus membuat beberapa struktur binaan dekorasi menarik untuk pengunjung abadikan di media sosial.

Dengan kata mudah, binaan yang selari dengan perkataan 'istagrammable photo'.

5.Tempat Jualan Produk Makanan Laut

Melancong, melawat atau singgah di negeri-negeri pantai timur apalagi negeri Terengganu, pastinya akan kurang 'rasanya' jika tidak merasa atau membawa pulang keropok.
 

Keropok ikan yang kering apalagi keropok lekor ada disini.

Penulis tidak bercerita mengenai keropok di kedai makan tetapi yang untuk dibawa pulang.

Seingat penulis, kilang keropok ini terdapat di sekitar penghujung Pantai Penarik berdekatan dengan simpang untuk ke Kelantan. 

Boleh singgah untuk mendapatkan keropok keping, keropok lekor, keropok losong apalagi snek makanan laut yang lain seperti satar, otak otak dan aneka frozen snek makanan laut.

Keistimewaan yang Ada di Pantai Penarik Terengganu

Penulis senaraikan beberapa keistimewaan yang ada di Pantai Penarik, Setiu Terengganu. Mana tahu kalau-kalau ada yang ingin merasai sendiri apa yang penulis senaraikan di atas.


 


Kena dengan namanya, Pantai Penarik, diharap pantai ini mampu menarik pelancong dari luar dan dalam untuk mengenai dan terus menjadi satu ikon pantai timur.


Pantai Penarik kini bukan lagi sekadar laluan alternatif untuk menghubungkan Kuala Terengganu dan Kota Bharu, Kelantan.

0 Ulasan