Travel atau jalan-jalan walaupun ia bukanlah sesuatu kerjaya atau hobi sepenuh masa semestinya akan dialami oleh setiap insan.


 

Portable Smart Gadget For Travel
Portable Smart Gadget For Travel

Tidak di luar negara dalam negara pun sudah cukup. Tiada masa untuk dalam negara.

Singgah di mana-mana pun boleh dikira travel.

Kali ini penulis ingin kongsikan kepada traveler tidak kira yang selalu travel atau kadang-kadang travel apelagi jarang-jarang travel mengenai beberapa barangan atau gajet.


Gajet bukan beerti peralatan elektronik, tetapi gajet atau kelengkapan yang perlu anda untuk travel.

Bagi menjamin kemudahan dan kesenangan tidak kira dari aspek keselamatan, kesenangan dan kebersihan ketika travel.

1. Soket Kembara (Travel Socket Adaptor)

Item ini pada asasnya diperlukan ketika travel di luar negara. Setiap negara memiliki kepala dan lubang soket eletrik yang berbeza.


 

Travel Portable Adaptor
Travel Portable Adaptor

Namun, tidak semua negara di dunia berbeza lubang soket eletrik tetapi ada yang berlainan.

Travel adaptor ini biasanya datang dalam seketul. Satu soket universal yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis soket yang ada di dunia.

Zaman sekarang benda ini cukup penting memandangkan untuk mengecas pelbagai jenis alatan elektronik seperti telefon pintar, powerbank dan apalagi alatan kamera seperti kamera aksi dan kamera digital.

Penulis pernah travel di Australia dan Thailand, kedua-dua negara ini memiliki kepala soket yang cukup lain dengan satu sama lain termasuk dengan Malaysia.
 

Jadi, supaya tidak merumitkan keadaan di saat akhir boleh dapatkan travel adaptor ini.

Harga sekitar RM20 sehingga RM 200 (bergantung kepada jenama dan kualiti)

 

[ Beli Universal Travel Adaptor : KLIK SINI ]


2. Beg Vakum ( Travel Storage Resealable Vacuum Bag )

Setiap kali travel tidak kira ke mana jua, mengisi barangan dan pakaian ke dalam beg satu kemestian. Jarang orang travel sehelai sepinggang.

Beg vakum ini adalah satu beg plastik seakan kolam mandi yang boleh diisi angin. Namun, penggunaanya terbalik.


 

Beg Vakum Dengan Pam Portable
Beg Vakum Dengan Pam Portable

Apabila anda mengisi pakaian atau barangan yang tidak mudah pecah ke dalam plastik, anda boleh mengurangkan kegunaan ruang dengan membuang angin yang ada di dalam plastik ini.

Pam tangan untuk mengeluarkan angin disediakan. Tidak begitu rumit menggunakannya.

Pakaian atau barangan yang anda isi dalam beg vakum ini, mengecil semaksimanya. Menjadi seketul beg tanpa udara.
 

Amat terbaik untuk mengisi pakaian, dari gelembung menjadi kepingan kepingan.

Cukup murah harganya tidak sampai RM5 untuk satu plastik di online shopping store. Pamnya juga tidak akan mencapai harga RM10.

 

[ Beli Portable Vacuum Seal Storage : KLIK SINI ]

 

3. Penyangkut Baju Mudah Alih ( Portable Cloth Hanger )

Semestinya apabila travel kita akan membawa pakaian. Menginap di resort, chalet dan hotel biasanya telah disediakan satu almari. Jika tempat penginapan yang memang tiada almari agaknya berapa bintanglah tempat tersebut.

 

Penyangkut Pakaian Portable travel
Penyangkut Pakaian Portable Travel

Selak sahaja pintu almari, jika ada dua atau tiga penyangkut baju yang disediakan, memang bersyukur namun jika tiada lagi sekali agak janggal.

Maka, terdapat satu barang yang sesuai untuk travel, penyangkut pakaian yang portable, lain dari penyangkut biasa.

Cukup berkawan baik dengan ruang, kerana ia boleh dilipat dan saiznya juga kecil. Lipat sahaja apabila sudah digunakan.

Harganya amat murah untuk satu, RM0.53 pun boleh dapat di online store.


[ Beli Portable Clothes Travel Hanger : KLIK SINI ]

 

4. Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1

Jika travel tidak kira berapa lama itinerary semestinya sesuatu yang mudah disimpan dan mudah dibawa adalah suatu kesenangan dalam travel.

 

Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1
Portable Refillable Travel Bottle 4 in 1

Losyen, perfume, make up remover, sunblock cream dan pelbagai lagi yang boleh diisi dalam satu botol dengan compartment yang seperti botol minuman.

Barang sebegini semestinyalah suatu rahmat terutama kepada traveler perempuan. Lelaki juga yang jenis sentiasa mengutamakan kebersihan perlu ada benda ini.

Harganya tidak melebihi RM10, mengikut survey penulis, sekitar RM8-RM9 satu set. 


[ Beli Refillable Travel Bottle : KLIK SINI ]


5. Pelapik Bidet Tandas Mudah Alih (Portable Toilet Cover)

Apabila menginap di satu satu tempat penginapan mesti ada benda ini, tandas. Kalau tiada tandas maka bolehlah anda memberikan bintang berskala negatif kepada tempat berkenaan.

Pelapik Bidet Tandas Travel Portable
Pelapik Bidet Tandas Travel Portable
 

Kebanyakan tandas adalah jenis duduk. Pastinya anda boleh membayangkan berapa ramai yang sudah duduh di tempat duduk tandas tersebut, lainlah anda orang pertama merasmikan tempat duduk tandas tersebut.

kebersihan diri adalah utama apabila travel, item ini cukup terbaik sebenarnya. Perlu ada ketika travel.

Cara Gunakan Pelapik Bidet Travel
Cara Gunakan Pelapik Bidet Travel
 

Plastik yang dibuat untuk melapik bidet ini kecil dan mudah untuk dilupuskan ke dalam plastik sampah dan tong sampah. 


[ Beli Travel Toilet Seat Cover : KLIK SINI ]


6. Plastik Sampah Portable

Biasanya plastik sampah memiliki saiz yang berbeza-beza, biasanya boleh disarungkan pada tong sampah.

Portable Plastic Bag for Travel
Portable Plastic Bag for Travel

 

Namun, pernahkah anda nampak yang hanya boleh digengam ?

Memang ada, ia cukup berguna untuk travel cukup kecil dan mudah. Bila travel kita biasanya tidak akan membuang sesuatu yang agak besar.

Plastik Sampah Mini untuk travel
Plastik Sampah Mini untuk travel
 

Oleh itu, plastik sampah dengan saiz sebegini memang agak sesuai dengan mereka yang ingin travel dan memiliki personaliti kebersihan yang bertamadun. 

Harganya kurang dari RM5, RM3-RM4 pun sudah boleh dimiliki. 


[ Beli Portable Garbage Plastic Bag : KLIK SINI ]


7. Beg Plastik Dengan Zipper

Ke mana-mana pasti penulis akan membawa plastik ini. Biasanya penulis membelinya di ikea. Plastik yang dalam gulungan. Istad namanya.

Beg Plastik Istad untuk Travel
Beg Plastik Istad untuk Travel


Terbaik untuk alternatif kepada beg kalis air dari hypergear contohnya.

Boleh meletakkan barangan mandi, atau jika melakukan aktiviti air boleh meletakan barangan eletronik seperti telefon pintar atau beg duit dan lain lain. Mudah untuk disimpan.

Harganya sekitar RM10 - RM20 mengikut saiz.


[ Beli Ikea Istad Plastic Bag : KLIK SINI ]


Barangan 'Smart Travel'

Di atas penulis menyenaraikan beberapa jenis 'smart travel' gajet untuk para traveler. Dari segi kemudahan dan kebersihan diri cukup terbaik untuk memiliki barangan ini. 

Memudahkan penyimpanan dan friendly dengan alam sekitar dan sekekliling.

Portable dan Murah

Dengan saiz 'portable' yang kecil, muat dan senang dibawa semua barangan ini memang khas untuk travel apalagi harganya memang berpatutan tidak perlu membelanjakan ratusan ringgit untuk gajet-gajet ini.


2 Ulasan

  1. menariklah artikel nie...

    saya bukan traveler yang kerap tetapi sangat bermanfaat kalau masa nak balik kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak kira travel ke mana..untuk meringakan beg dan mencukupkan ruang

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.