Apabila bercuti di Pulau Langkawi Kedah tidak melakukan aktiviti 'island hopping' mungkin ada sesuatu kesilapan dalam itinerary anda.


 

senarai pulau pulau island hopping langkawi
Senarai Pulau Pulau Island Hopping Langkawi

Island hopping adalah salah satu aktiviti wajib ketika bercuti dan travel di Pulau Langkawi.

Aktiviti island hopping adalah aktiviti melompat ke pulau-pulau atau pakej singgah ke pulau-pulau sekitar.

Bilangan Pulau - Pulau Di Langkawi
 

Pulau Langkawi adalah sebuah pulau, disekelilingnya terdapat 99 buah pulau satu lagi cukup tiga angka.

Dari 99 buah pulau ini terdapat beberapa buah pulau yang boleh anda singgah sebentar, dalam itinerary percutian, aktiviti ini dipanggil 'island hopping'.

Penulis diberi peluang memiliki pengalaman 'island hopping' di Pulau Langkawi dengan pakej yang disediakan.
 

Bot Untuk Island Hopping Langkawi
Bot Untuk Island Hopping Langkawi
 

Mari penulis kongsikan pulau-pulau dan singgahan dalam pakej island hopping di Langkawi yang penulis sertai.

Trip kali ini penulis bermula dari jeti Jalan Jeti. (Rujuk Google Maps di bawah)

Senarai Pulau untuk Island Hopping Langkawi

1. Pulau Dayang Bunting

Pulau ini terkenal dengan pulau sumpahan mengikut mitos. Sumpahan seorang dayang yang sedang mengandung dan menjadi pulau.


 

bentuk pulau dayang bunting
Bentuk Pulau Dayang Bunting

Memang dalam perjalanan ke pulau ini jika dilihat dari bot, ada satu gugusan bukit yang membentuk tubuh seorang wanita hamil sedang berbaring.

Dengan bot untuk sampai ke pulau ini hanya mengambil masa sekitar 15-20 minit.

Sampai sahaja di jeti yang dibuat berlantaikan tong, pengunjung perlu berjalan kaki untuk memijak pasir pulau ini.
 

Aktiviti pengunjung bukan di sini sahaja.

Di Pulau Dayang Bunting ini terdapat satu keistimewaan, iaitu Tasik Dayang Bunting.

Aktiviti Di Tasik Dayang Bunting
Aktiviti Di Tasik Dayang Bunting

Pengunjung perlu mengeluarkan sedikit peluh dengan hiking dan trekking menuju ke tengah pulau yang mungkin memakan masa selama 10-15 minit berjalan kaki.

Nah! Suatu keindahan terpancar dengan sapaan warna air tasik yang bewarna 'turqoise'.

Pengunjung diberikan masa untuk melakukan aktiviti air disini. Seperti mandi manda, menaiki kayak atau perahu kayuh atau merasai nikmat kaki digigit manja ikat pemakan daki dan lumut.

Segala aktiviti disini, bayaran lain.

Dikhabarkan mitos bahawa mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, mandi di tasik ini inshaAllah menjadi, ini cakap-cakap sahaja jangan diambil berat.

2. Pulau Jong

Jong bermaksud kapal, kapal laut. Ya! pulau ini memiliki bentuk sebuah kapal besar seperti yang anda pernah lihat dalam 'The Pirates of carribean', penulis boleh katakan ada iras 'black pearl' dambaan Jack Sparrow.

Pulau Jong Langkawi
Pulau Jong Langkawi

Pulau ini bukan untuk singgahan pengunjung, namun, pemandu bot akan mengelilingi pulau ini dan mungkin memberikan peluang untuk bergambar kenangan dengan latar belakang Pulau Jong.

Ia terletak di antara jeti dan Pulau Dayang Bunting. Mungkin memiliki mitos lagenda apa yang berlaku sehingga sebuah kapal atau jong berubah menjadi batu.

Dengan rekabentuknya dan saiznya, memang akan membuat kita percaya bahawa ia memang sebuah kapal yang telah menjadi batu.

3. Pulau Singa Besar ( Eagle Feeding Point )

Pulau ini boleh dikatakan adalah kemuncak kepada island hopping di Langkawi. Disini anda boleh bertentang mata secara berdepan dengan duta Pulau langkawi iaitu burung helang.
 

Langkawi Eagle Feeding Point
Langkawi Eagle Feeding Point
 

Burung helang di sini berbeza dengan helang yang ada di mana-mana. Warnanya lain. Jika diikutkan kepada nama Langkawi merupakan dua perkataan Lang (helang) dan kawi (warna batuan oren jingga).

Disini aktiviti yang dinanti-nantikan adalah memberi burung-burung lagenda ini makan.

Memang dibenarkan memberi makan, sebelum island hopping dinasihatkan untuk anda membawa makanan seperti roti. Kebiasaannya adalah roti keping adalah terbaik, tidak perlu anda membawa chicken chop atau nasi goreng.

Helang Sambar Makanan
Helang Sambar Makanan

Apabila di berikan makanan secara lemparan, burung-burung ini akan datang, bersedialah dengan kamera anda untuk mendapatkan permandangan yang cukup ekslusif untuk ditemui dimana-mana tempat.

4. Pulau Beras Basah

Boleh dikatakan dalam iklan dan pakej island hopping yang penulis ambil, inilah tempat terakhir.

Mandi Pantai Beras Basah
Mandi Pantai Beras Basah

Penulis anggap aktiviti disini sebagai aktiviti 'membilas'. Setelah berpeluh dipancar mentari dengan langit yang cerah melawat beberapa pulau sebelum ini, sekarang masanya untuk menyegarkan kembali badan.

Mandi di Pantai Beras Basah. Inilah aktivitinya.

Cukup menyegarkan apalagi di waktu tengah hari dengan permandangan langit, kebiruan, bukit dan pulau bewarna biru apa pula air di pesisir pantai yang bewarna 'turqoise'.
 

Apalagi nikmat Allah yang kamu ingin dustakan untuk semua ini.

Jika aktiviti sebelum ini tidak memakan begitu banyak masa, anda boleh menghabiskan waktu yang ditetapkan dengan riadah disini.

5. Pulau Ular (Add On)


Pulau ini terletak di perjalanan pulang dari Pulau Beras Basah ke Jeti permulaan. Sebenarnya, pulau ini tiada dalam senarai singgahan pakej Island Hopping penulis, namun, kerana bernasib baik dapat seorang pemandu bot yang memang baik hati dan tidak lokek informasi dan pengetahuan pulau ini kami singgah.

Pulau Ular Langkawi
Pulau Ular Langkawi

Mungkin ia pulau biasa, namun, bukanlah suatu kebiasaan sebenarnya kerana anda akan lebih memahami apa yang dijelaskan oleh penulis sebagai 'kawi' pada nama Langkawi.

Disini warna batuan memang memiliki warna jingga oren, kata pemandu bot yang juga orang tempatan, inilah batu kawi.

Memang satu pulau yang cukup terbaik untuk ditangkap gambarnya, dengan pohon yang sedikit-sedikit dan warna batuan yang ada dalam pelbagai, ada bewarna kawi dan ada yang kehitaman.
 

Batu Kawi Di Pulau Ular Langkawi
Batu Kawi Di Pulau Ular Langkawi
 

Apalagi dari segi bentuk dan saiz. Memang puas hati, sehingga habis memori simpanan dalam kad memori kamera pun tidak perasaan.

Berapa Lama Island Hopping Pulau Langkawi ?

Island hopping ini mengambil masa sekitar 4-5 jam. Bermula dari jeti pada jam 9 pagi dan berakhir dalam 2 petang. 

20-30 minit masa diberikan untuk satu-satu tempat singgahan. Pemandu bot anda memberikan isyarat untuk bergerak.

Jika dapat pemandu bot yang terbaik sebagaimana penulis temui, memang terbaik.

 

Pokok Dalam Air Laut
Pokok Dalam Air Laut

Harga Pakej Island Hopping Di Pulau Langkawi

Dari segi harga, penulis mendapat harga sekitar RM250/pakej. Mungkin dari tahun ke tahun, harganya berlainan. Tambahan pula disekitar ini memang kawasan untuk island hopping.
Pelbagai pengusaha bot yang membuat pakej island hopping. Pengunjung boleh memilih banyak pilihan pakej.

Lokasi Jeti Island Hopping Langkawi

Bagi island hopping trip ini penulis mendapatkan khidmat pakej island hopping yang ada di sekitar Jalan Jeti Langkawi.

Pengunjung boleh dapatkan lokasi sebagaimana di atas.

Disini banyak pakej dan pengusaha bot yang menawarkan khidmat island hopping dengan senarai pulau-pulau yang telah disenaraikan.


2 Ulasan

  1. Kalau pi sini dalam 3 hari cukup x untuk explore semua?menarik la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun dua tiga hari...island hopping jgn lupa masukkan dalam senarai itinerary...

      Padam