Dari segi geografi dan kajian tempatan yang pernah penulis pelajari dahulu, dengan bantuan Google Maps, Koh Lipe Thailand bukanlah satu pulau yang besar.
 

Walking Street Di Koh Lipe Thailand
Walking Street Di Koh Lipe Thailand
 

Jika dari asal usul ia lebih sinonim dengan ungkapan dari bahasa melayu dengan nama 'Pulau Nipis' sehiggalah banyak namanya yang lain seperti Ko Lipey, Koh Lipeh dan ada juga penulis berikan gelaran kuala lipeh (kuala Lipis).



Satu pulau yang wujud di kalangan gugusan pulau dalam kawasan Tarutao Marine Park Island.

Untuk pusing satu Koh Lipe, bukannlah suatu yang mustahil, dalam sejam pun sudah boleh anda jelajahi seluruh Koh Lipe.

Namun, terdapat satu kawasan yang memang menjadi tumpuan mereka yang datang ke Koh Lipe. Jika tidak masuk ke sini, bukan ke Koh Lipe namanya.

Ia adalah The Walking Street Koh Lipe.

Apa yang Best di The Walking Street Koh Lipe ?


Tempat Makan

Lebih dari separuh kedai yang ada adalah kedai makan. Dari snek sehinggalah makanan yang mampu menyukarkan anda untuk berjalan-jalan kerana kenyang.
Cukup pelbagai variasi makanan yang ada.

Dari makanan tempatan sehinggalah makanan tradisi pelancong yang datang, ada disediakan.

Bagi yang muslim dan mencari makanan halal, banyak sebenarnya kedai halal di sini. Malah, ada yang cam anda muslim, terutama pelancong dari Malaysia, pelayan akan menyapa anda dalam bahasa melayu.

Biasalah dalam wilayah Thailand, akan ada pub dan kelab malam sekitar The Walking Street.

Malah, bagi yang gemarkan suasana makan sambil menikmati alunan lagu atau nyanyian ada kedai makan yang menyediakan karaoke dan nyanyian dari 'busker'.

Kedai Serbaneka/Mini Market

Boleh dikatakan benda pertama yang akan difikirkan adalah kedai serbaneka. Kedai yang menjual snek dan makanan ringan, serta alatan perhiasan diri dan kebersihan diri.
Ada. 7-Eleven memang ada malah terdapat dua premisnya di sepanjang The Walking Street ini.

Nak dapatkan mi segera, roti, air mineral atau apa sahaja snek dan peralatan ada dijual.

malah, ada juruwang yang mampu menyapa anda dalam bahasa melayu.

Farmasi, Klinik dan Hospital

Ini cukup penting, mesti akan ada yang tertanya-tanya, jika ada kecemasan di Pulau Koh Lipe, bagaimana ?
 

Disini, farmasi yang menjual ubatan atau alatan kesihatan banyak.

Jika sebarang kecederaan dan perkara tidak diingini pun terdapat doktor yang ditempatkan di klinik dan mini hospital.
 

Mini hospital sebagai persediaan untuk dibawa ke hospital lebih besar.

Usah khuatir jika anda tercedera dan tidak sihat.

Kedai Peralatan Elektronik/Telefon

Berada di negara orang perhubungan cukup penting. Tambahan pula datang dengan famili dan rakan-rakan.
 

Kemungkinan sesat mungkin ada. Jadi benda terbaik adalah telefon dan alat perhubungan.

Boleh dapatkan kad sim sementara dengan data plan dan nilai prepaid tertentu.
Memang nombor sementara akan diberikan.

ATM (Automated Teller Machine)

Asyik membeli dan makan-makan, kekurangan wang tunai. Sakit juga keadaan sebegitu. Walaupun kad debit boleh diguna mungkin caj perkhidmatan agak mahal.
 

Ada tunai lebih baik. ATM banyak disediakan, semestinyalah dengan keluaran dalam baht.

Kedai Pakaian/Peralatan/Cenderamata

Makan sudah, snorkeling sudah, jalan jalan sudah apalagi cenderamata dan ole ole untuk di bawa pulang.
 

Boleh dikatakan bilangan premis jualan untuk bahagian ini memang banyak, rambang mata oi!

Bukan ole ole sahaja, peralatan snorkeling, mandi manda, pakaian biasa atau apa-apa yang dicari inshaAllah ada, janji duit dan bajet ada.

Pusat Urut

Opps! Jangan cepat salah faham. Jika anda sering salah faham, bawalah bertaubat. Pusat urut yang tersedia adalah untuk menghilangkan kepenatan biasa.
 

Ya lah ! Island hopping, berenang, snorkeling, banyak tenaga zahir dan batin telah digunakan, otot-otot dan mula kendur.

Ambil masa untuk urutan kembalikan tenaga. Melalui pengalaman penulis, berurut dengan yang memang pakar mengurut memang terbaik, walaupun masa kejadian agak menyakitkan haha.

Pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki dan sebaliknya.

Mercu Tanda Koh Lipe

Boleh dikatakan The Walking Street ini adalah 'jantung' kepada Koh Lipe. Semua yang anda perlu untuk meneruskan kehidupan di Koh Lipe ada disini.

Keselamatan dan Kesusilaan Di Walking Street 

Usah khuatir akan halangan bahasa, pertukaran wang dan sosial. Dari pengalaman penulis, kawasan ini memang terjaga dan keselamatan pelancong menjadi keutamaan jagaan kawasan ini.

Lokasi Walking Street Koh Lipe

Apa-apa yang anda inginkan semuanya ada di The Walking Street Koh Lipe. Tidak memerlukan anda untuk menaiki tuk tuk sebenarnya. Pulau Koh Lipe selesai dikelilingi hanya dengan berjalan kaki.

Mungkin ada yang ingin gambaran yang lebih, boleh rujuk video di bawah;



Perbezaan suasana ketika siang dan malam serta kepelbagaian di Koh Lipe Thailand. Semoga menjadi panduan nanti !

0 Ulasan