Kalau bercerita tentang pengalaman bercuti di Pulau Langkawi Malaysia, semestinya menaiki kereta kabel menjadi bualan.

Aktiviti dan Bajet Di Panorama Langkawi
Aktiviti dan Bajet Di Panorama Langkawi

 

Namun, tahukah anda bahawa Skycab dan Skybridge merupakan antara dua keriangan dan pengalaman yang perlu anda lakukan apabila di Langkawi ?

 

Taman Tema Panorama Langkawi

Terdapat beberapa lagi permainan dan aktiviti yang anda boleh lakukan di Panorama Langkawi.

Panorama Langkawi ini boleh dikatakan satu taman tema yang menempatkan pelbagai aktiviti mencabar fizikal dan minda. Tidak kurang juga banyak tempat menarik untuk menjadi kenangan yang terindah apabila bercuti di Langkawi.

Antara permainan dan tarikan di Panorama Langkawi adalah ;

1. Skycab (Cable Car)

Merupakan satu kebanggan Langkawi. Menerima pelbagai gelaran dan sentiasa menjadi tarikan utama apabila bercuti di Langkawi.

Permulaan (Base Station) adalah di kaki Gunung Machincang. Menggunakan kabel untuk membawa gondola yang memegang rekod terpanjang free span mono cable.

Dari Base station ke Intermediate station adalah berjarak 1700m.

Hentian pertama (Intermediate Station) adalah di tengah dengan platform dengan permandangan terbaik dari Gunung Machincang. Dengan ketinggian 650 meter dari aras laut.

Hentian kedua (Top Station) adalah hentian paling tinggi dan terakhir dengan ketinggian 708 meter dari aras laut.


 

Kedua-dua hentian memiliki platform dan laluan pejalan kaki yang membolehkan pelancong melihat permandangan secara 360 darjah keliling

2. Skybridge (Jambatan Gantung)

Memegang rekod ' the longest free span and curved bridge in the world' terletak di top station skycab. Pelancong perlu menggunakan skycab untuk ke sini.

Dengan kepanjangan 125 meter jambatan ini adalah melengkung dengan rekabentuk yang menarik. Rasai sendiri terbang-terbang ala ala burung yang ditiup bayu laut. 

Dengan lantai yang menggunakan cermin pandang telus boleh lihat permandangan di bawah. 


 

Dapatkan tiket di top station skycab.

Harga Tiket

Dewasa : RM 6.00 

Kanak - Kanak : RM 4.00

3. SkyGlide

Merupakan pengangkutan untuk menuju ke Skybridge dari station Skycab. Dahulunya perlu hiking menuruni bukit untuk ke pintu masuk skybridge.

Wujudnya skyglide, memudahkan pengguna untuk ke skybridge dengan kelajuan yang memberikan kesempatan kepada pelancong untuk menikmati pelukan hutan hujan tropika.

Ia adalah sebuah gondola yang dikelilingi cermin yang boleh memuatkan 12 orang di dalamnya. 2 minit diperlukan untuk sampai ke skybridge dari top station skycab. 

Harga Tiket 

RM 15

4. SkyDome

Sebuah bilik besar untuk menikmati tayangan yang disediakan. Berada satu bangunan dengan base station skycab dan mudah untuk ke sini.

Dari luar ia berbentuk 'dome'.

Mampu memuatkan 50 orang dalam satu masa dan 'showcase' akan berlangsung selama 10 minit. Showcase 3D secara 360 darjah.

Tiket Skycab secara automatik membolehkan pelancong memasuki Skydome.

5. SkyRex

Rex boleh membayangkan bahawa terdapat tema t-rex iaitu salah satu dinasour yang agak popular. 

Disini pelancong akan diberikan kaca mata 3D dan akan eksplorasikan diri dengan menaiki tren merasai sendiri pengalaman di zaman dinasour.

Dengan sistem bunyi, pandangan 3D serta gegaran yang betul-betul dirasai yang menjadikan semua dimensi adalah empat, 4D. 5 minit anda berjaya dilakukan versi filem aksi.

Tiket untuk Skyrex adalah termasuk di dalam tiket skycab.

 6. 3D Art Gallery

Bergelar sebagai pameran 3D terbesar di Malaysia ini adalah kawasan yang mesti anda masuk. Dengan pelbagai jenis paparan 3D versi mural dan grafiti untuk dijadikan kenangan.

Dengan laluan sistematik dan kena dengan suasana pasti memberikan kenangan dan pengalaman baharu.

Terdapat banyak zon untuk dilalui. 

Aquarium Zone, Safari Zone, Fantasy Zone, Optic Illusion Zone, Classic Zone, Main Hall Zone, Interactive Zone 1, Interactive Zone 2 and Glow In The Dark Zone

7. 6D Cinemotion

Panggung wayang yang memberikan pengalaman menonton filem versi 6 dimensi. Seumpama anda sendiri yang melakonkan aksi di dalam filem tersebut.

15 minit diambil untuk aktiviti ini.

Tidak jauh bezanya dengan skyrex dengan pemakaian kaca mata 3D dan kerusi bergerak gerak namun 6D adalah perbezaannya.

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari dari 9.00 a.m hingga 7.00 pm. 

7. Sky Bistro

Bistro banyak merujuk kepada makanan dan minuman. Sky pula tempat tinggi gayanya.

Ya, makan di tempat yang tinggi, itulah aktiviti di Skybistro. Menjamu selera pada ketinggian 700 meter di atas paras laut cukup meransang selera anda.

8. Sky Boutique

Skyboutique ada tiga cawangan. Dua di Base Station dan Top Station Skycab panorama Langkawi dan satu lagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Butik semestinya memberikan gambaran mengenai membeli belah. Pelbagai barangan yang boleh dibeli untuk di bawa pulang. Dari ole ole sehingga fesyen dan imej untuk anda. 

Kalau penulis, biasanya akan mendapatkan keychain, button badge dan merchandise lain di Base Station selepas selesai turun dari cable car.

9. Oriental Village

Kampung yang dimaksudkan ini adalah persekitaran Panorama Langkawi. Menempatkan semua kemudahan yang ada gerai jualan, surau, taman tasik dan pelbagai infrastruktur yang sungguh cantik untuk dialami dan di ambil gambar.

Kesemua aktiviti dan acara yang tersenarai di atas adalah berada di dalam Oriental Village. 

Lokasi Panorama Langkawi

Terletak di kaki Gunung Machinchang menghadap Laut Andaman 

Oriental Village, 

Burau Bay, 

Langkawi 

07000 Malaysia

Cara Untuk Mendapatkan Tiket

Bagi Skycab + Skydome + Skyrex + 3D Art Gallery memerlukan satu gelang tiket sahaja, boleh dibeli di kaunter masuk Skycab. Sekitar RM 28 - RM 80 untuk pakej kombo.

Selain yang dinyatakan di atas terdapat jualan tiket di hadapan premis terbabit.

Bagi lebih mudah dapatkan dahulu tiket secara atas talian (online).

Panorama Langkawi ini yang bertemakan taman tema. Jadi terdapat pakej yang disediakan. Untuk bermain dan menikmati apa yang disenaraikan di atas.

Setiap pintu masuk anda akan perlu mendapatkan tiket berupa gelang yang akan di pakai.

Gelang yang memiliki kod bar untuk diperiksa ketika masuk ke satu satu kawasan yang disenaraikan di atas.

Waktu Operasi Panorama Langkawi

Secara am, Panorama Langkawi di buka setiap hari pada jam 9.30 a.m sehingga 7.00 p.m.

 

2 Ulasan

  1. suatu hari nanti saya perlukan info ini sebab hati memang nak keLangkawi.. Pulau Pangkor sudah pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik bang, bercuti dalam negara dahulu sebagai permulaan.
      Patuh segala sop kalau ke tempat awam, jika pandemik masih berleluasa

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.