Benda pertama sebenarnya jika kita ingin bercuti di pulau-pulau. Tidak kiralah pulau dalam negara atau luar negara.
 

Waktu Sesuai Bercuti Ke Pulau
Waktu Sesuai Bercuti Ke Pulau
 

Keadaan topografi dan persekitaran serta cuaca pulau dengan tanah besar sebenarnya agak berbeza.

 

 

Waktu Off Season Waktu On Season Pulau

Faktor-faktor ini boleh merubah kesesuaian untuk pelancong datang dan kesempatan masa untuk pengusaha dan pemilik pelancongan untuk memulihara kembali pulau mereka.

Jadi penting untuk kita ketahui bilakah pulau akan dibuka untuk pelancong dan bilakah ia tidak sesuai untuk dilawati.

Ketahui Kedudukan Pulau Pulau Di Malaysia

Malaysia merupakan kawasan pelancongan pulau yang cukup strategik dan terbaik.
Semenanjungnya membolehkan kawasan pelancongan bertemakan pulau boleh dinikmati sepanjang tahun.

Jika ada pulau ini ditutup (off season) ada pulau lain yang boleh dilawati (on season)

Dalam artikel kali ini penulis akan berkongsi masa dan ketika pulau-pulau dalam Malaysia sesuai dilawati pelancong.

1. Pulau Langkawi, Kedah

Waktu Terbaik (High Season) :
Januari hingga Mac. Ketika ini boleh dikatakan kepanasan dan kelembapan Langkawi adalah pada tahap maksimum.
 

Cukup terbaik untuk sebarang aktiviti pulau

Waktu Kurang Baik (Low Season) :
September hingga Oktober. Cuaca Langkawi pada bulan-bulan ini tidak begitu baik dengan keadaan hujan yang tidak menentu.
 

Ini adalah taburan hujan yang biasa terjadi di Langkawi.

Ulasan :

Secara amnya, Pulau Langkawi tidak begitu terkesan dengan sebarang moonson yang ada di Malaysia.
 

Kelebihan pulau ini adalah boleh dilawati sepanjang tahun, namun, bergantung kepada musim cuti yang ada, jika cuti ramailah pelancong.

2. Pulau Tioman, Pahang

Waktu Terbaik (High Season) :
April hingga Oktober. Ketika ini Pulau Tioman berada dalam cuaca yang panas dan baik, sesuai untuk aktiviti yang membabitkan aktiviti air seperti menyelam dan snorkeling.
 

Jun hingga Julai. Waktu ini adalah waktu paling sibuk dengan ramai pelancong yang datang ke Pulau Tioman.

Waktu Kurang Baik (Low Season) :
November hingga Mac. Memandangkan Pulau Tioman menerika monson Timur Laut ketika ini, ia tidak sesuai untuk sebarang aktiviti air.

Ulasan :

Pulau Tioman menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup.
 

Akan boleh melakukan aktiviti semula bermula Mac seterusnya.

3. Pulau Kapas, Terengganu

Waktu Terbaik (High Season) :
April hingga Oktober. Ketika ini sebelah barat semenanjung Malaysia mengalami monson barat daya. Cuaca dan panas mentari ketika bulan-bulan ini amat sesuai dengan aktiviti air.

Waktu Kurang Baik (Low Season) :
November hingga Mac. Boleh sahaja untuk datang waktu ini namun, memang agak membosankan.

Ulasan :

Pulau Kapas menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup.
 

Akan boleh melakukan aktiviti semula bermula Mac seterusnya.

4. Pulau Redang, Terengganu

Waktu Terbaik (High Season) :
April hingga Oktober. Tiada monson timur laut ketika ini

Waktu Kurang Baik (Low Season) :
November hingga Mac. Pulau dalam proses pemulihan sebelum pembukaan musim baharu.

Ulasan :

Pulau Redang menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup.
 

Akan boleh melakukan aktiviti semula bermula Mac seterusnya.

5. Pulau Perhentian, Terengganu

Waktu Terbaik (High Season) :
April hingga Oktober. Tiada monson timur laut ketika ini

Waktu Kurang Baik (Low Season) :
November hingga Mac. Pulau dalam proses pemulihan sebelum pembukaan musim baharu.

Ulasan :

Pulau Redang menghadap Laut China Selatan, sudah lazimnya setiap tahun bermula akhir Oktober pulau ini akan ditutup.
 

Akan boleh melakukan aktiviti semula bermula Mac seterusnya.

6. Pulau Sapi, Sabah

Waktu Terbaik (High Season) :
May hingga September

Waktu Kurang Baik (Low Season) :
Oktober hingga Mac

7. Pulau Manukan, Sabah

Waktu Terbaik (High Season) :
May hingga September

Waktu Kurang Baik (Low Season) :
Oktober hingga Mac

Waktu Sesuai untuk ke Pulau Pulau Di Malaysia (On Season)

Pada pulau yang berada di bahagian barat semenanjung Malaysia tiada sebarang waktu tertentu untuk dilawati.
 

Sebaliknya pulau yang menerima angin monson timur laut terutama pulau-pulau sekitar Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur dibuka untuk pelancongan pada Mac sehingga September. Termasuk pulau sekitar Sabah dan Sarawak.

 
Waktu ini aktiviti air di pulau seperti snorkeling, diving, island hopping dan penginapan adalah dalam situasi terbaik.

Penutupan Pulau Pulau Di Malaysia (Off Season)

Bagi pulau dan kawasan sekitar barat semenanjung Malaysia kebanyakan kawasan tiada sebarang 'off season' memandangkan kawasan yang terlindung dari sebarang monson.
 

Bagi pulau yang berada di timur semenanjung Malaysia pula terkesan kepada monson timur laut sekitar bulan Oktober sehingga Mac setiap tahun. Termasuk pulau sekitar Sabah dan Sarawak.

Ketika ini boleh sahaja untuk dilawati namun, anda mungkin akan dianaktirikan kerana kebanyakan aktiviti pulau sudah kurang.

Aktiviti Pulau Ketika 'Off Season'
 

Ketika ini pengusaha dan pihak pulau yang 'off season' akan memulihara kembali keadaan pulau seperti membaiki infrasturktur, menambah bekalan dan membersihkan pulau.

Perkhidmatan bot dan feri juga tidak akan mengambil risiko untuk ke pulau-pulau ketika musim monson dengan gelombang laut yang besar.

Penting untuk pelancong mengetahui waktu sesuai, waktu ramai orang dan waktu pulau di tutup supaya percutian anda lancar.


3 Ulasan

  1. info begini sangat penting...silap info rugi masa dan rugi wang belanja

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga senang para traveler dan yang ingin bercuti rancang waktu ke pulau

      Padam
  2. Using VR in casino video games will allow you to expertise the gameplay of a real casino, where you play towards real individuals online. This approach continues 점보카지노 to be in its infancy, however technologies are certain to reshape the market. Firstly, we can’t deny that blackjack is simple to play. And its rules and gaming strategy are straightforward to be taught as properly.

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.