Bercuti di Cameron Highland jarang tidak terbayangkan dua simbolik tempat pelancongan ini. Iaitu strawberry dan ladang teh.


Boh Tea Garden Cameron Highlands
Boh Tea Garden Cameron Highlands

Cameron Highland adalah satu kawasan tanah tinggi yang popular untuk pelancongan di Malaysia. 

Kedudukan yang strategik di tengah-tengah semenanjung Malaysia antara faktor Cameron Highland selalunya menjadi pilihan percutian ketika musim cuti.

Boleh rujuk pautan di bawah untuk mengetahui laluan ke Cameron Highland Pahang.

  Percutian Suhu Sederhana Malaysia

Dengan suhu yang rendah sekitar 19 hingga 25 darjah celcius cukup terbaik untuk percutian dingin di negara khatulistiwa.Faktor ini menjadikan ladang teh menghijau dan subur di Cameron Highland.

Bukan sekadar ladang teh sahaja di Cameron Highland.

Terdapat satu ladang dengan konsep galeri beserta kafe yang diwujudkan di Boh Plantation Sungai Palas Cameron Highland, Pahang.
 

Selain memberikan suasana hijau ladang teh kafe berupa galeri ini boleh dimasukkan dalam peta salah satu kawasan tarikan pelancongan di Malaysia.

Aktiviti Menarik Di Boh Tea Garden Cameron Highlands

Jom kita baca apakah aktiviti dan pengalaman yang boleh didapati di Boh Plantation Sungai Palas ini.

1. Menikmati Makan dan Minum (BOH Café)

Kafe disini adalah penarik utama untuk pelancong datang. Setelah penat mendaki ke kilang teh ini, anda akan sambut oleh kafe yang agak luas.


 

Makan Di Cafe Boh Tea Garden
Makan Di Cafe Boh Tea Garden

Meskipun tiada makanan berat seperti nasi lemak atau nasi kandar, apabila waktu puncak, pelanggan perlu berbaris untuk memesan, membeli dan dapatkan tempat duduk.

Terdapat dua laluan untuk mendapatkan makanan dan minuman.

Pelanggan akan memesan dan membeli makanan secara layan diri. Pilih menu (yang telah disediakan), buat bayaran dan dapatkan tempat duduk.
 

Penulis sarankan seorang dapatkan makanan dan seorang lagi mencari tempat duduk jika waktu puncak.

Antara menu makanan yang ada adalah pelbagai jenis kek, roti, muffin, biskut dan beberapa makanan ringan lain.


 

Menu Di Boh Tea Garden Cameron higlands
Menu Di Boh Tea Garden Cameron higlands

Minuman pula bermula dengan air mineral dan pelbagai minuman berasaskan teh.

Mudah cerita, kebanyakan dalam menu adalah menu minum petang (tea time). Pilih meja yang menghadap ladang teh, memang romantik suasananya nanti.

Boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa.


2. Bergambar di Balkoni (Viewing Deck)

Keunikan yang ada di Boh plantation adalah balkoni ini. Sebahagian dari binaan kafe, dipanjangkan anjungnya sehingga lereng bukit.


 

Bergambar Di Balkoni Boh Tea
Bergambar Di Balkoni Boh Tea

Dengan ditutup cermin dan bingkai menjadikan balkoni ini tempat tumpuan bergambar. Dengan panorama dan permandangan terbentang luas ladang teh dan langit yang membiru.

'Viewing deck' ini panjangnya adalah 20 kaki memanjang ke arah ladang. Boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.


3. Beli Produk Teh (Tea Gift Shop)

Bukan uncang dan serbuk teh sahaja yang dijual. Terdapat perbagai hadiah dan koleksi ole-ole yang bertemakan Boh dan teh.
 

Dari serbuk teh sehinggalah cenderamata seperti mug, t-shirt dan keychain.

Ada dijual, galerinya menyeberangi kafe ke arah kilang.

 
4. Muzium Mini (BOH Exhibition Gallery)

Tidak banyak sebenarnya jika dilihat dari mata penulis. Beberapa alatan, mesin dan cara untuk pemprosesan teh dipamerkan di galeri ringkas ini.
 

Sebagai simbolik, lamanya Boh bertapak di Malaysia.

Terbaik untuk peminat teh mendapatkan maklumat.

5. Lawatan Kilang Teh (Tea Factory Tours)

Penulis tidak berpeluang untuk menyertai lawatan ini. Namun, ada aktiviti ini. Membenarkan pengunjung untuk memasuki kilang bersebelahan yang masih aktif.
 

Diberikan masa sekitar 30 minit untuk pengunjung masuk ke kilang melihat proses daun teh dijadikan produk.

Maklumat lanjut mengenai 'tour' ini mungkin boleh rujuk personel dan pekerja yang ada disana.

Boleh lihat video di bawah untuk review yang lebih details;


Informasi Pengunjung

Cara untuk ke Boh Plantations

Cari Jalan Gunung Brinchang namun jangan pula terlajak ke Gunung Brinchang.
Terdapat simpang tiga selepas laluan sempit yang memungkinkan 'side mirror' kereta boleh bersentuhan.

Cari Jalan Sungai Palas teruskan dan pasti akan menemui tempat parkirnya.

Dari tempat parkir anda perlu mendaki bukit untuk sampai ke galeri ini. Dua pilihan, tanah merah dan tangga dalam pohonan teh yang menghijau.

Gambar Mercu I Love Boh
Gambar Mercu I Love Boh

 Penulis sarankan jalan bertangga selain boleh bergambar dengan pokok-pokok teh, boleh bergambar dengan mercu tanda ' I Love Boh'

Sungei Palas Tea Garden
39100 Brinchang, Cameron Highlands

Tel: +605 496 2096
koordinat (4.519577, 101.416070)


 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Dari jam 8.30 a.m hingga 4.30 p.m
(Tertakluk kepada cuti sekolah dan cuti umum)

Bayaran Masuk


Percuma termasuk parkir

10 Ulasan

  1. teringat cerita bougainvilla tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat yang menarik pasti ada produksi drama akan gunakan

      Padam
  2. wah teringin la nak pergi Cameron Highland

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la bang, lebih baik sejuk sejuk abang datang untuk honeymoon

      Padam
  3. Teringin nak staycation sana tp sebab pandemic terpaksa tangguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap pandemik akan reda dan berjaya dihapuskan supaya ramai orang boleh bercuti seperti biasa, amin

      Padam
  4. Rindunya nak pergi CH. Nak petik strawberry fresh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa pandemik ni mesti strawberry dah banyak hidup dan berbuah...habis pandemik pasti boleh nikmati pengalaman itu nanti

      Padam
  5. rindunya nak gi cameron huhu. dulu masa ke sana mama tak turun pergi boh plantation hanya syafi dgn ayah dia g pergi. nx time ke sini mama nak singgah sini

    BalasPadam
  6. Lama sungguh tak ke cameron, ada tempat baru tak kat sana?
    Ke masih sama macam dulu2

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.