Tempat Parkir Kenderaan Di Jeti Kuala Kedah untuk Ke Pulau Langkawi
Langkawi adalah pilihan utama pelancong tidak kira domestik dan luar negara. Dalam satu pulau terdapat banyak tempat menarik, tempat makan dan tempat penginapan untuk menjadi pilihan.
![]() |
Parkir Jeti Kuala Kedah Ke Langkawi |
Ini adalah antara faktor mengapa Pulau Langkawi Kedah selalu dilawati apabila tibanya cuti umum dan cuti sekolah.
Terdapat beberapa cara untuk ke Pulau Langkawi.
Boleh rujuk pautan di bawah untuk alternatif cara ke Pulau Langkawi, Kedah.
Salah satu caranya adalah dengan kenderaan sendiri, tidak kira bawa kereta/motor sendiri atau sewa kereta sebelum menaiki bot di jeti untuk ke Pulau Langkawi.
Jeti Paling Dekat Dengan Jeti Pulau Langkawi
Melalui pengalaman menaiki feri menuju ke Pulau Langkawi. Jeti Kuala Kedah adalah yang terdekat dengan Pulau Langkawi berbanding Jeti Kuala Perlis.
Boleh sahaja menggunakan feri di Jeti Kuala Perlis, oleh kerana jaraknya, mungkin harga tiket feri lebih mahal berbanding harga tiket feri dari Jeti Kuala Kedah.
Kali ini penulis akan berkongsi dimanakah tempat yang sesuai untuk anda
Bagi yang datang dengan kereta persendirian atau kenderaan sewa bawa sendiri boleh membuat parkir kenderaan anda secara berbayar.
Tempat Parkir Kenderaan Di Jeti Kuala Kedah
Penulis akan berkongsikan tempat parkir berbayar yang dekat dengan Jeti Kuala Kedah.
Di bawah adalah senarai kawasan parkir berbayar dan harganya untuk sehari/semalam.
1. Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)
Terletak di depan jeti dan juga sebelah kiri jeti. Merupakan parkir di dalam kawasan Jeti Kuala Kedah.
Parkir Dalam
- Harga Parkir : RM 15.00 per hari/malam
- Lokasi : Parking di luar kawasan MBAS.
Parkir Luar
- Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam.
Anda dinasihatkan untuk berhati-hati dengan 'ulat' parkir.
2. Masjid Jamek Al-Hidayah atau Masjid India
Masjid berwarna biru sebelah jeti.
- Harga Parkir : RM 10.00 per hari/malam. Pintu pagar masjid akan ditutup pada waktu malam.
Tempahan Awal : Imam Sadiq di talian 012-4466869 / 017-5248386
3. PIBG Sekolah Kebangsaan Haji Ismail
Projek ini menawarkan tempat letak kereta di kawasan sekolah semasa musim cuti sekolah untuk pengunjung ke Langkawi.
- Harga Parkir : RM 10.00 tidak berbumbung dan RM 12.00 berbumbung, per hari/malam
Tempahan Awal : layari website rasmi Sk. Haji Ismail atau hubungi En. Azeman di talian 04-7621101.
4. E-Parking
Harga Parkir : RM15 per hari/malam. Harga untuk cuti umum atau waktu puncak mungkin berbeza.
5. Ina Car Park
Boleh hubungi untuk keterangan lanjut : +60124236094
Senarai kawasan ini adalah cadangan dan saranan oleh beberapa pengunjung yang telah menggunakan khidmat parkir yang disenaraikan di atas.
Tertakluk Terma, Waktu dan Perubahan Pengusaha
Mungkin akan ada perubahan dari segi waktu operasi, harga sewaan kawasan parkir dan kontak untuk dihubungi.
Penulis memberikan cadangan dan pilihan untuk mencuba. Bergantung kepada rezeki anda untuk mendapatkan parkir yang kena dengan kesesuaian anda.
Apa apa pun cubalah hubungi dahulu sebelum sampai.
Travel.Snapbackpacked.Repeat!
8 Ulasan
menariklah info ini tuan..
BalasPadamboleh sangat dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin melancomg ke sana
supaya urusan lancar boleh rancang awal awal
PadamWahh good info. Belum pergi lagi boleh save note ni
BalasPadamalhamdulillah jika bermanfaat...harap membantu pencarian
Padammama tak penah gi langkawi naik feri. boleh take note dulu pasal parking ni tq for sharing
BalasPadammana tahu nanti mama teringin naik feri hihi...boleh la jadikan panduan
Padamtak pernah lagi memandu sampai ke kedah utk ke langkawi...
BalasPadamselalu amek flight n pernah sekali naik keretapi
masa zaman bujang bujang dulu pernah nak rasa adventure...drive ke jeti sebelum naik feri...sekarang mmg senang guna flight
PadamSila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.