Crystal Hill Resort Kundasang Dengan Panorama Cantik Gunung Kinabalu

review crystal hill resort 1

Kundasang Sabah adalah salah satu tempat menarik yang jarang tiada dalam impian seseorang jika ingin bercuti.

Malaysia memang secara semulajadinya memiliki iklim panas dan lembap setiap tahun. Cuaca sebegini terlalu biasa sejak dari lahir, maka apabila ada kawasan dengan iklim sejuk maka ia menjadi kawasan impian untuk dilawati.

Kundasang terletak di lembah kawasan pergunungan di Sabah yang turut terletaknya gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

Dengan cuaca dan panorama lain dari yang lain ini menerbitkan satu keunikan pada Kundasang Sabah.

Namun, bagi pelancong luar dari Sabah dimanakah mereka boleh singgah dan tinggal dalam masa menghabiskan ‘itinerary’ percutian di Sabah ?

Menginap Di Crystal Hill Resort Kundasang Sabah

Penulis boleh cadangkan satu penginapan yang boleh tahan popular juga di Kundasang iaitu Crystal Hill Resort Kundasang.

welcome

Crystal Hill Resort adalah sebuah resort yang berada di kawasan tanah tinggi sekitar pekan Kundasang ini berada di kedudukan yang penulis katakan agak strategik dari segi geografinya.

Bayangkan buka sahaja tingkap di pagi hari, terus terlihat susuk ‘tagap’ Gunung Kinabalu di hadapan retina mata anda.

Menghadap Gunung Kinabalu

Kedudukan resort ini adalah setentang dengan Gunung Kinabalu. Dengan meliar tumbuh pohon ‘pine’ yang subur tumbuh di kawasan tanah tinggi yang berhawa sejuk lagi memberikan panorama indah berada di Crystal Hill Resort ini.

Penulis sarankan supaya jika Crystal Hill Resort adalah pilihan penginapan anda, anda diharuskan memiliki kereta sewa, atau mungkin tumpang mana-mana warga tempatan yang memiliki kenderaan yang mampu mendaki.

crystal hill view gunung kinabalu

Pendakian Mencabar ke Resort 

Untuk sampai ke resort ini agak memerlukan pendakian yang agak tinggi. Jadi, dapatkan kereta sewa yang memiliki Cubic Capacity (CC) yang agak besar.

Dari Pekan Kundasang untuk ke pejabat urusan Crystal Hill Resort satu pendakian, untuk ke kawasan penginapan memerlukan pendakian juga.

Resort atas bukit

Penulis tidak berapa yakin jika ada yang datang dengan berjalan kaki. Teknik ini kurang bijak.

Kotej Dua Tingkat 

Crystal Hill menawarkan kediaman berupa kotej (cottage) yang memiliki dua bahagian tingkat.
Tingkat bawah lebih kepada ruang tamu dan tempat berkumpul, bahagian atasnya terdapat tiga buah bilik.

chalet crystal hill resort

Di bahagian bawah, jubin sebagai lantai dan diruangan atas yang dihubungkan dengan tangga berbentuk ‘spiral’ dihiasi lantai kayu.

chalet dua tingkat

Dengan suasana hawa dingin, lantai kayu adalah terbaik.

Bagi percutian kali ini penulis menginap di chalet dengan tiga bilik yang lebih kepada rekabentuk kotej, chaletnya.

3 Bedroom Chalet Room

king bed

Penulis memilih untuk menginap di bilik yang agak besar dan paling tinggi spesifikasinya memandangkan datang bersama rakan dalam jumlah yang ramai.

Penulis syorkan untuk dapatkan bilik jenis ini jika datang melebihi 4 orang.

Bilik yang ditawarkan berpatutan dengan harganya. Bagi yang mencari keselesaan yang agak maksima, biliknya bukan padanan anda.

Jika anda jenis yang tidak kisah akan tidur yang biasa-biasa, anda akan selesa dengan biliknya. Setiap bilik dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz ‘king’.

Panorama Gunung Kinabalu dan Kundasang Dari Resort

Pendakian untuk sampai ke chalet Crystal Hill ini berbaloi, apabila anda membuka langsir menuju ke balkoni luar.Seperti yang penulis katakan tadi, panoramanya memuaskan.

balkoni chalet

Cukup cantik jika boleh mendapatkan permandangan dari balkoni ini. Dengan cuaca yang cukup sejuk ala ala eropah, dengan binaan chaletnya yang ke arah kawasan beriklim sejuk.

Gunung Kinabali Berkabus

Lebih menonjolkan suasana dalam hutan pine dengan permandangan Gunung Kinabalu dipayungi kabus dan awan memutih.

Boleh lihat time lapse Gunung Kinabalu di waktu pagi dari Crystal Hill R Kundasang Sabah.


Pengalaman Penulis

Kelebihan

Panorama disini memang terbaik. Menghadap Gunung Kinabalu apabila berada di Kundasang adalah sesuai yang perlu kerana sebab inilah kita datang ke Kundasang.

Kekurangan

Apa yang menjadi permasalahan adalah jalan yang agak teruk untuk sampai ke resort ini. Dengan laluan masih belum diturap dengan kecondongan bukit yang agak memberikan cabaran.

Chaletnya juga agak jauh dengan bahagian pengurusan, sukar untuk berhubung secara terus.

Secara keseluruhan penulis memberikan rating : 4.5/5.0

Informasi Pengunjung

Lokasi Penginapan

Perjalanan masuk ke Crystal Hill Resort Kundasang bermula di Masjid Jamek Kundasang, disinilah bermulanya pendakian dengan mengambil Jalan Sinisian.  

Lebih kurang 500 meter anda akan terlihat satu papan tanda kecil Crystal Hill Resort mengarahkan anda memasuki lorong berbatu tanpa turapan ini. Disini ‘adventure’ anda bermula.

Crystal Hill R
89308 Kundasang,
Sabah

Harga Penginapan

  • RM 100/malam (bilik standard)
  • RM500/malam (bilik famili 3 bilik pilihan penulis)

Bilik Tidur dan Bilik Air

  • 3 Bilik Tidur (lengkap bantal dan selimut)
  • 3 Bilik Air
  • Balkoni

Kemudahan Lain

  • Almari
  • Sofa
  • TV Satelit
  • Telefon Rumah
  • Meja Makan
  • Meja Solek

Kelengkapan

  • Tuala
  • Peralatan Menggosok
  • Pengering Rambut
  • Cermin

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

  • Umobile – 4G
  • CelcomDigi – 4G

Polisi/Peraturan

  • Check in : 3.00 p.m
  • Check Out : 12.00 p.m

Tempahan Online

Harga yang ditawarkan mungkin berbeza dengan harga yang penulis nyatakan di atas kerana bergantung kepada mata ganjaran dan promosi dari Agoda. 

Klik pautan di bawah, mana tahu kena dengan masa anda akan mendapat harga penginapan termurah.

Crystal Hill R, Kinabalu National Park

Crystal Hill R, Kinabalu National Park
Nestled within the breathtaking Kinabalu National Park in Malaysia, Crystal Hill R offers a serene retreat amidst the lush greenery and majestic mountains..

Book Here

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain

You may also like...

8 Responses

  1. Ezna Khalili says:

    Cantiknya permandangan. Tak pernah sampai negeri di bawah bayu ni lagi.

  2. bila sudah boleh rentas negeri..bolehlah plan untuk ke kundasang hehe..pasti puas hati

  3. mrhanafi says:

    pergh….Rasa nak ke sabah lagi saya selepas membaca artikel ini..

    terima kasih bro

  4. apa lagi jom la…jumpa kat sana

  5. Ako Retna says:

    K ret x pernah tido kundasang.. Selalu balik hari je hehhe.. Tp resort opis k ret ada je kat the pines resort tu..

  6. wow…itu lagi terbaik..siap ada resort sendiri..nanti bolehlah nak try situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *