Penulis pernah berada dalam posisi kadet di sebuah akademi penerbangan di Ipoh suatu masa dahulu. Sempat belajar mengenai 'loading' dan cara pengiraannya.

Saiz dan Berat Bagasi Malaysia Airlines
Saiz dan Berat Bagasi Malaysia Airlines

Penting sebenarnya isu kargo dan loading ini jika membabitkan penerbangan. Penjimatan minyak, penggunaan runway untuk berlepas, penggunaan jarak selamat ketika mendarat dan untuk keseimbangan pesawat ketika di udara.

Maka setiap syarikat penerbangan memiliki peraturan dan regulasi membabitkan penerbangan.


Sebagaimana penulis pernah berkongsi berat bagasi dan saiz bagasi yang dibenarkan oleh Airasia sebagaimana pautan dibawah;

 

Kali ini penulis akan memberikan informasi dan regulasi kebenaran berat bagasi dan saiz bagasi untuk penerbangan Malaysia seterusnya iaitu Malaysia Airlines.


Saiz Maksimum Dimensi Bagasi Malaysia Airlines

Bagi setiap bagasi yang didaftarkan untuk memasuki pesawat Malaysia Airlines. Ukuran keseluruhan (linear dimension) perlu kurang dari 158cm atau 62inch.
 

Boleh lihat contoh gambar rajah dibawah untuk dimensi;


Malaysia Airlines Baggae Size Allowance
Malaysia Airlines Baggae Size Allowance


'Linear dimension' adalah ukuran keseluruhan bagasi dengan berpandukan ukuran (panjang + lebar + tinggi).
 

Linear dimension diantara 158cm sehingga 204cm dianggap sebagai saiz berlebihan (oversized baggage).

Bagasi yang melebihi 204cm (linear dimension) atau 80 inch ini tidak dibenarkan dibawa masuk ke kabin pesawat atau bahagian kargo pesawat.
 

Jika bagasi ini perlu dibawa masuk juga, penumpang perlu membuat rujukan kepada MABKargo.

Nota : Untuk bagasi melebihi dimensi linear yang dinyatakan di atas elaun, harus diangkut sebagai barang dan bukan bagasi. Ini termasuk barang yang dibawa di bawah pos kurier sebagai bagasi terdaftar.

Berat Bagasi Maksimum Dibenarkan Malaysia Airlines

Terdapat beberapa konsep dalam pengelasan kategori berat bagasi oleh Malaysia Airlines;

1. Kategori Konsep Mengikut Bagasi (Pieces)
2. Kategori Konsep mengikut Berat (Weight)

Konsep Mengikut Bagasi (Pieces)

Setiap bagasi berdaftar (checked in baggage) tidak boleh melebihi 32kg atau 70lb untuk kelas perniagaan (business class).
 

Jangan melebihi timbangan 23kg atau 50lb untuk kelas ekonomi (economy class)

Konsep Mengikut Berat (Weight)

Business class dan economy class tidak boleh melebihi berat timbangan 32kg atau 70lb.

Nota : Kebenaran berat bagasi berbeza mengikut jenama tambang (jenis tiket). Sila periksa kebenaran bagasi sebelum membeli.

Bagasi dan Barangan Tidak Dikenakan Caj Bagasi

Barangan bayi seperti;

kereta tolak bayi (stroller)
kerusi khas bayi
kerusi dalam kereta bayi (car seat)
katil 'playpen' bayi

Peralatan dan barangan perubatan peribadi seperti;

kerusi roda manual
kerusi roda bermotor (bateri kering atau sel bateri sahaja)
kerusi roda lipat
pendakap
tongkat
walker
penyokong belakang
penyokong pesakit (braces)

Tiada sebarang caj bayaran untuk yang disenaraikan di atas kecuali;

Exceptional
Exceptional

Penting untuk tahu dan fahami saiz dan berat bagasi yang dibenarkan ini memandangkan akan merumitkan keadaan apabila anda dilarang untuk membawa masuk barangan yang berlebihan.
 

Mungkin barangan yang lebih tidak akan anda buang ke dalam tong sampah apalagi kekangan masa untuk membuat jualan gudang di lapangan terbang untuk barangan tersebut.

Namun, dengan Malaysia Airlines terdapat beberapa kelebihan kepada 'frequent flyer' mereka, kelebihan dalam pengurusan saiz dan berat bagasi.
 

Program Oneworld dan Enrich Tier Malaysia Airlines

Apalagi Malaysia Airlines juga berada dalam pakatan 'Oneworld Alliance' yang banyak kelebihannya kepada penumpang Malaysia Airlines.

Oneworld Enrich Tier
Oneworld Enrich Tier

Melalui program Enrich Malaysia Airlines juga terdapat Free Baggage Allowance (FBA) untuk penumpang domestik.

Rancang Itinerary, Kongsi Saiz Berat Bagasi Dibawa

Bagi memudahkan daftar masuk bagasi dan menaiki pesawat, penulis cadangkan rancang berat dan saiz bagasi anda. Rancang mengikut itinerary yang telah dibuat, mungkin juga boleh berpakat dengan rakan/famili , 

Berapakah masing masing boleh berkongsi atau meminjam 'saiz' dan 'berat' bagasi dari mereka.

 

8 Ulasan

  1. uishh... tau berat biasa je x tau plak se details ni..
    tq share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk perjalanan dua tiga hari mungkin tidak ada sebarang kerumitan tentang benda ni.

      Padam
  2. Nice sharing. Boleh guna maklumat ni untuk beli luggage lepas ni. Besar-besar karang tak boleh masuk kang naya je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah sama juga dengan penulis, boleh gunakan info ni kalau bercadang menggunakan Malaysia Airlines

      Padam
  3. terima kasih berkongsi info.... sy penah alami luggage sy semua kena bw naik atas sbb bagasi member lain semua diorg kaut. total 50++ kg utk diorg semata. disebabkan tu diorg kena pikul luggage sy ms pemeriksaan kt gate hahahahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau penulis masa plan itinerary lagi dah plan kongsi berat bagasi hahaha...kalau ke Langkawi sebab coklat, kalau ke Sabah sebab seafood dan amplang

      Padam
  4. saya kalau nak trav;el ...tak mahu yang berat-berat.

    ringan-ringan pun ok la

    BalasPadam
    Balasan
    1. traveler yang bijak macam tuan akan gunakan ruang sepenuhnya

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.