Pernah terlihat kawasan perumahan dengan permandangan warna warni? Tidak kiralah dalam cerita atau dokumentari, banyak rumah sebegini menjadi tarikan pelancong untuk datang.

Masbro Village Homestay Melaka
Masbro Village Homestay Melaka

Sebagai contoh yang biasa dilihat adalah kawasan di Korea Selatan iaitu Gamcheon Culture Village.

 

Perkampungan Rumah Warna Warni

Mengambil gambar dan menikmati kawasan sekitar dengan permandangan rumah bewarna warni, antara kawasan dengan rumah warna warni di dunia ialah;

Jodphur, India
Bo-Kaap, Afrika Selatan
St. John's, Kanada
Chefchaouen, Morocco
Brighton Beach, Australia


Penulis senaraikan diatas beberapa kawasan dan perkampungan warna warni yang menjadi tarikan pelancongan untuk kawasan terbabit.

Rumah Warna Warni Di Malaysia

Adakah kawasan perkampungan sebegini di Malaysia ?

Ada sebenarnya, namun ia adalah perkampungan yang berupa chalet yang terletak di Melaka.
Lebih dikenali dengan nama Masbro Village Homestay.

 

Rumah Segitiga Warna Warni Masbro
Rumah Segitiga Warna Warni Masbro
 

Masbro Village Homestay Melaka

Rumah warna warni Masbro Village Homestay ini terletak dalam kawasan bandar di Melaka.
Homestay ini lebih kepada rumah segitiga yang terdapat di Brighton Beach, Melbourne Australia.

Unit Chalet Masbro Village Melaka
Unit Chalet Masbro Village Melaka

Nak dimasukan dalam kategori homestay, tetapi ia lebih kepada resort dan chalet kerana seumpama sebuah perkampungan menjadikan namanya diberikan gelaran homestay.

Resort Dengan Chalet Warna Warni

Warna untuk setiap unit chaletnya menjadi keunikan, yang dicat dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang terang. Ada kuning, merah jambu, biru dan pelbagai warna lain lagi.


Masbro Chalet Warna Warni
Masbro Chalet Warna Warni

Unit chalet ini dibahagikan kepada dua bahagian, ruangan bawah dan ruangan atas.
Tidak begitu besar ruangannya namun sesuai untuk 4 hingga 5 orang penginap dalam satu masa.

Jenis Bilik Masbro Village Melaka

Dekorasi Family Studio Masbro
Dekorasi Family Studio Masbro

 
Tiada sebarang pilihan jenis bilik sebenarnya, apabila menginap disini semua sama sahaja iaitu bilik jenis studio dan lebih tepat family studio.
 

Bilik Tidur Masbro Village
Bilik Tidur Masbro Village

 
Faham sahajalah studio, dimana satu bilik tanpa partition, namun di sini dua bahagian dipisahkan dengan satu tangga.

Permandangan Tingkat Atas Chalet Masbro
Permandangan Tingkat Atas Chalet Masbro

Di ruangan bawah juga terdapat katil dan tempat tidur selain dari ruang tamu dan dapur di bahagian paling jauh dari pintu.

Bilik dilengkapi dengan pendingin hawa dan disertakan juga kipas dinding.

Kolam Mandi Awam

Kolam Mandi Latar Rumah Warna Warni
Kolam Mandi Latar Rumah Warna Warni

 
Kebanyakan bakal pengunjung akan mencari kemudahan ini sebagai pilihan untuk menginap. Kolam mandi ada disediakan disini, secara awam iaitu kolam yang diletakan di tengah tengah kawasan 'perkampungan' Masbro Village ini.

Kolam Mandi Masbro Village
Kolam Mandi Masbro Village

Untuk dewasa dan untuk kedalaman kanak-kanak dengan latar belakang nama homestay ini dibelakangnya.

Kemudahan Lain

Dapur

Memandangkan ia lebih kepada homestay, maka terdapat dapur untuk memasak. Bawa sahaja air fryer anda atau rice cooker untuk memasak. Dilengkapi dengan sinki dan dapur memasak.
Sesuai dengan nama 'Family Studio'.

Dilengkapi juga dengan peti sejuk untuk penyimpanan makanan lebih lama.

Televisyen

Kemudahan Ruang Tamu Masbro
Kemudahan Ruang Tamu Masbro

 

Tidak akan sunyi suasana apabila berada di dalam chalet ini apabila disediakan hiburan berupa TV. Apalagi ketika sedang mengeringkan badan selepas mandi di kolam.

Bilik Air

Dua buah bilik air disediakan, kedua-dua bahagian  disediakan bilik air.
Agak sederhana luas dengan kelengkapan mandi.

Kafe

Kafe Dalam Masbro Village
Kafe Dalam Masbro Village
 

Terdapat satu kafe atau kedai makan berdekatan dengan kolam dan ditengah perkampungan. Namun, sepanjang penginapan tiada sebarang kelibat petanda bahawa ia dibuka.

Pit Barbecue

Terdapat pit barbecue atau tempat untuk bbq, namun ia mungkin dikenakan bayaran tertentu.

Ulasan Penulis

Masbro Village Waktu Malam
Masbro Village Waktu Malam
Kelebihan

Semestinya kelebihan kawasan village ini adalah suasananya. Dengan warna warni dan dikelilingi belukar dan perkampungan penduduk sekeliling cukup indah apabila diabadikan dalam gambar. 

Kemudahan dalam chalet juga lengkap walaupun tidak mewah. Kawasan parkir yang dekat dengan penginapan memudahkan memindahkan barangan dari kenderaan ke dalam chalet.

Masbro Village Melaka ini lebih kepada gabungan homestay dengan gaya hidup resort.

Kekurangan

Kafe yang ada tidak begitu beroperasi. Jika mahu mendapatkan makanan lain memerlukan penginap keluar dari kawasan village.
 

Kedudukan reception dan staf agak jauh dari kawasan penginapan, risau jika ada sebarang kecemasan yang berlaku, kelambatan pasti ada.

Bagi malamnya, cukup sunyi dan seumpama terbatas aktiviti malam melainkan aktiviti anda sendiri.

Boleh rujuk walktrough ringkas dengan video dibawah;




Informasi Pengunjung

Lokasi Homestay

Tidak begitu jauh dari exit Alor Gajah. Kedudukannya agak strategik kerana terletak di tengah negeri Melaka. A'famosa dan Pantai Klebang juga mudah untuk dikunjungi dari sini.

Masbro Village Homestay
Lot 291, Batu 7 ½,
Jalan Paya Rumput Perdana,
76450, Malacca


 

Bilik Tidur dan Bilik Air

2 Katil King
2 Bilik Air

Kemudahan Lain

Pendingin Hawa
Dapur Gas
TV
Ampaian

Private Parkir

Kawasan Parkir Masbro Village Melaka
Kawasan Parkir Masbro Village Melaka

Kelengkapan

Penyangkut Baju
Sabun dan Sampu segera
Kopi dan Teh 3 dalam 1
Cerek
Gelas

Meja dan Kerusi

Peti Sejuk

Harga Homestay

RM268/malam

Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi

Umobile - 4G
Celcom - 4G

Polisi/Peraturan

Check In : 3.00 p.m
Check Out : 12.00 p.m

Tempat Menarik Terdekat 

A Famosa Taman Tema

Upside Down House Gallery

Bayou Lagoon Water Park 

Tempahan Melalui Online


Boleh buat tempahan awal supaya senang berurusan. Dengan voucher dan diskaun kod promosi untuk tempahan melalui online. Boleh juga survey masa dan tarikh yang sesuai untuk membuat tempahan.

4 Ulasan

  1. Dari sehari ke sehari nak cuba stay situ tp memanjang full...
    tambah x leh rentas negeri dh.. alamat nya berkurun lagi ar nak jejak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada masa nanti tu boleh merasa ambil gambar ala ala oversea kat sini..amin

      Padam
  2. Teringin jugak nk stay. Cantik tmptnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la masukkan dalam senarai percutian akan datang..cantik bergambar

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.