Kuala Selangor terletak di bahagian paling utara negeri Selangor. Banyak sebenarnya tempat menarik di Kuala Selangor selain dari pantainya. Paling terkenal Pantai Jeram dan Pantai Remis.

Tempat Menarik Di Kuala Selangor
Tempat Menarik Di Kuala Selangor
 

Dengan kawasan yang lebih kepada kehidupan kampung, kawasan Kuala Selangor masih terpelihara dan indah tanpa sebarang campur tangan pembangunan yang drastik. 

 

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa dari sekadar sebuah kawasan nelayan dan petani mencari rezeki, Kuala Selangor terkenal dengan kawasan pelancongan yang cukup menarik aktivitinya.

Jom kita lihat apakah tarikan dan aktiviti serta tempat menarik yang ada di dalam wilayah Kuala Selangor, Selangor


1. Bukit Malawati

Bukit Malawati Kuala Selangor
Bukit Malawati Kuala Selangor

 
Sebuah monumen tinggalan sejarah sejak dari tahun 1700 lagi. Sebuah kubu terbina menghadap Selat Melaka dilengkapi dengan rumah api.
 

Kini ia tidak begitu lagi 'berguna' sebagai infrastruktur pertahanan dan menjadi tarikan pelancong.

Pelancong boleh datang mengambil gambar pelbagai kesan sejarah seperti rumah api, deretan meriam dan monumen kubu yang masih tinggal.

Kini Bukit Malawati (juga dikenali sebagai Bukit Melawati) ada 'penjaganya' yang juga menjadi tarikan pelancong domestik dan luar.Sejenis monyet yang dinamakan lutung (Silvered Leaf Monkey) dan kera yang menjadi penduduk tetap sekitar sini.

Haiwan yang cukup jinak, boleh beri makan, menggaru haiwan ini, peluk peluk apalagi buat sebagaimana kucing anda di rumah.

Memandangkan ia adalah bukit, memerlukan pendakian dan usah risau terdapat pengangkutan seperti 'tram' untuk ke puncak.

Jika datang waktu senja, jangan lepaskan peluang melihat matahari terbenam (sunset) dari atas Bukit Melawati.

  

Waktu Operasi : 9.00 pagi – 6.00 petang ( Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )
 

Bayaran perkhidmatan trem (Lawatan ke Bukit Malawati sahaja): 

RM 3.00 / dewasa
RM 2.00 / kanak-kanak ( 3-12 tahun)

Hubungi : +60332891439

[ Beli Ticket Online : Aktiviti Di Bukit Melawati Kuala Selangor ]

 
2. Kelip Kelip Kampung Kuantan (Fireflies Watching)

Firefly Kg Kuantan Kuala Selangor
Firefly Kg Kuantan Kuala Selangor

 
Habitat semulajadi kunang-kunang dan antara terbesar pernah ditemui. Terletak sejauh 7 kilometer dari pekan Kuala Selangor. 56 km dari bandaraya Kuala Lumpur.

Pelancong akan dibawa menaiki bot (tour boat ride) untuk sampai ke kawasan kunang-kunang ini.

Semestinya aktiviti malam hari dan pastinya menarik pengalaman yang ada. Dapatkan kenangan dan gambar yang menarik apabila kunang kunang terbang 'membanjiri' suasana malam.

Cuaca dan musim juga mempengaruhi aktiviti ini, jika hujan dan bukan keadaan terbaik untuk kunang kunang, maka aktiviti ini tidak begitu mengujakan.

   

Waktu Operasi : 7.30 malam – 9.00 malam ( Setiap hari )

Bayaran Harga Tiket :

Warganegara Malaysia: RM 15/pax (Dewasa), RM 10/pax (Kanak Kanak)
Bukan Warga Negara Malaysia: RM 30/pax (Dewasa), RM 20/pax (Kanak Kanak)

Bayaran perkhidmatan sampan:

 RM50.00 / sampan (maksimum 4 orang dewasa)

Durasi Aktiviti : 45 minit

[ Beli Ticket Online : Watching Fireflies Kampung Kuantan ]

 
3. Blue Tears

Blue Tears Kuala Selangor Tour
Blue Tears Kuala Selangor Tour

 
Dikatakan suatu magik bagi kebanyakan pencinta alam dan pelancong. Dalam bidang sains pula ia adalah kejadian alam semulajadi dan ciptaan Tuhan hasil dari cahaya yang terpancar dari spesis haiwan mikroorganisma dalam air. 

Mengeluarkan warna biru seperti dalam filem Avatar. Dapatkan peluang dan ambil gambar untuk pengalaman terbaharu dalam hidup anda

Aktiviti Blue Tears Tour ini adalah satu pakej aktiviti dengan Sky Mirror Kuala Selangor.
Jika buat aktiviti Sky Mirror pada siangnya, malam pula aktiviti Blue Tears. 

 

Waktu Operasi : 8.00 malam – 10.00 malam ( Setiap hari )

Bayaran Harga Tiket :

Warganegara Malaysia: RM 25/pax (Dewasa), RM 20/pax (Kanak Kanak)
Bukan Warga Negara Malaysia: RM 50/pax (Dewasa), RM 40/pax (Kanak Kanak)

Durasi Aktiviti : 45 minit

Hubungi : +60105091007 (Call dan Whatsapp Slot Waktu)


[ Beli Ticket Online : Blue Tear Experience Kuala Selangor ]

 
4. Eagle Feeding Kuala Selangor

Eagle Feeding Tour Kuala Selangor
Eagle Feeding Tour Kuala Selangor

 
Bukan sahaja di Langkawi ada aktiviti beri burung helang makan. Di Kuala Selangor juga terdapat tempat untuk mendekati burung helang.
 

Kumpulan burung helang sekitar Pasir Penambang ini akan mendekati pelancong apabila diberikan makanan.

Sambil melihat suasana dan panorama terbaik sekitar boleh memberikan ketenangan melihat burung helang yang menyambar makanan di atas permukaan air. 

Jika bernasib baik sekitar 20 hingga 40 ekor burung helang berkumpul dihadapan anda.

 

Waktu Operasi : 5.00 petang – 6.30 petang ( Setiap hari )

Bayaran Harga Tiket :

Warganegara Malaysia: RM 25/pax (Dewasa), RM 20/pax (Kanak Kanak)
Bukan Warga Negara Malaysia: RM 50/pax (Dewasa), RM 40/pax (Kanak Kanak)

Durasi Aktiviti : 45 minit

 

[ Beli Ticket Online : Eagle Feeding Kuala Selangor ]

5. Sky Mirror Kuala Selangor

Sky Mirror Kuala Selangor
Sky Mirror Kuala Selangor

 
Sukar ditemui di mana-mana di Malaysia, hanya di Kuala Selangor. Terdapat satu kawasan pulau yang jernih dan tenang airnya sehingga membentuk cermin jadian.
 

Tambahan pula dengan langit yang cerah memantulkan cahaya ke airnya yang tenang. Rasai sendiri pengalaman dipertemuan antara langit dan bumi dengan air yang surut mencecah buku lali. Selfie dan bergambar di beting pasir.

Cukup cantik untuk bergambar. Datang pada hari cuaca yang baik, dengan pengcahayaan terbaik dan pakaian yang bewarna warni akan menambahkan lagi keindahan aktiviti ini di Sky Mirror Kuala Selangor.

 

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 11.30 pagi ( Setiap hari ), bergantung kepada air surut

Bayaran Harga Tiket :

Warganegara Malaysia: RM 60/pax (Dewasa), RM -/pax (Kanak Kanak)
Bukan Warga Negara Malaysia: RM -/pax (Dewasa), RM -/pax (Kanak Kanak)

(bergantung kepada pakej, boleh tekan link ticket di bawah)

Durasi Aktiviti : 45 minit

[ Beli Ticket Online : Sky Mirror Experience Kuala Selangor ]

 
6. Sawah Padi Sekinchan

Sawah Padi di Sekinchan Kuala Selangor
Sawah Padi di Sekinchan Kuala Selangor

 
Kuala Selangor adalah jelapang padi kepada Selangor. Sekinchan salah satu daerah yang masih ada permandangan sawah padi dengan latar belakang hijau dengan langit membiru. Rasai sendiri pengalaman orang kampung hidup di kawasan sawah padi.

Dengan hembusan angin dan pancaran lembut cahaya matahari dibilas dengan kelembutan warna hijau pohon padi dalam sawah.
 

Pengalaman terbaik untuk diingati. Datanglah ketika musim padi dan bukan ketika selepas padi dituai.

[ Beli Ticket : Pengalaman Paddy Field Sekinchan ]

Itinerary Pakej Skymirror World Kuala Selangor

Secara itinerary, penulis cadangkan aktiviti yang boleh anda lakukan bermula dari Jeti Skymirror di Pasir Penambang Kuala Selangor.
 

- Naik bot di Jeti Pasir Penambang ke beting pasir Skymirro
- Eagle Feeding (dalam perjalanan)
- Sampai di Skymirror (beting pasir)
- Blue Tears (perjalanan pulang dari Skymirror)
- Kelip Kelip Kampung Kuantan


Ini adalah cadangan pakej yang akan anda alami pengalaman untuk pakej ini. Boleh beli dan tempah pakej ini melalui link dibawah;

[Beli Ticket Online : Pakej SkyMirror World Kuala Selangor]

Salah Satu Percutian Di Selangor

Banyak tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan di Kuala Selangor untuk percutian. Aktiviti balik hari ada, jika mahu menginap pun mudah di Kuala Selangor. 

Dalam Selangor masih banyak tempat menarik untuk pelancong, bukan semata-mata jalan raya yang sesak dan bangunan-bangunan yang tinggi. Masih ada tempat menarik untuk dilawati.

[Baca Juga : Senarai Pantai Sekitar Selangor]

Tempah Penginapan Sekitar Kuala Selangor

Banyak tempat penginapan seperti chalet, resort, homestay dan mungkin berkhemah. Bagi yang ingin membuat carian tempat penginapan sekitar Kuala Selangor untuk aktiviti-aktiviti menarik yang penulis senaraikan di atas, boleh tekan link di bawah;


4 Ulasan

  1. semua tempat pun blm pernah jejak lagi hehehe...
    tapi yg blue tears tu first time dengar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dekat boleh lah cuba...tapi kena hubungi dulu...risau tutup atau temporary close pula hehe

      Padam
  2. Cantikkkkk blue tears! Tak pernah jelajah lagi semua tempat ni, in shaa Allah one day nak pergi jalan jalan jugak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah dekat boleh lah cuba lawat tempat macam ni...

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.