Bukan hanya personal, kenderaan dan kereta sahaja yang boleh dilindungi insurans.
Kebiasaannya kita tahu akan insurans yang penulis senaraikan di atas.

Cara Pilih Travel Insurance Terbaik Ketika Travel
Cara Pilih Travel Insurance Terbaik Ketika Travel

 Bagi yang travel juga ada polisi dan kategori dalam insurans. Tidak kira travel untuk melancong, travel untuk belajar ke luar negara atau travel ke tanah suci Makkah untuk umrah dan haji. Terdapat polisi insurans untuk tujuan travel.

Sebagaimana polisi insurans biasa, travel insurance ada dalam pelbagai jenis dan jenama.
Menjadikan sukar untuk membuat pilihan travel insurance manakah sesuai diambil apabila ingin travel.

Jom penulis bantu anda dalam memilih polisi insurans untuk travel yang sesuai dengan diri anda dan tujuan travel anda.

1. Durasi (Tempoh) Travel dan Perjalanan

Terdapat dua kategori durasi travel yang boleh anda pilih,

Single Trip
Annual Plan


Dua jenis trip ini bergantung kepada kekerapan anda travel.

Single Trip

Jika anda biasa travel dua kali satu tahun, maka single trip adalah pilihan anda. Dalam pakej single trip biasanya pihak insurans memberikan polisi kepada anda mengikut kumpulan hari tertentu seperti 1 hingga 5 hari, 6 hingga 10 hari dan seterusnya.
 

Ada juga jenama insurans yang membolehkan anda mengambil satu pakej untuk jangka masa 30 hari untuk satu polisi.

Annual Plan

Annual Plan pula sesuai untuk mereka yang selalu travel tidak kira untuk bisnes atau pelajaran. Bagi plan ini mungkin agak mahal namun, ia terbaik jika selalu travel dengan kerap.
 

Malah dalam polisi ini anda mendapat perlindungan untuk tempoh yang lama selagi tempoh masih ada gunakan perlindungan tidak kira anda travel untuk bisnes atau melancong.

2. Destinasi Travel Anda

Domestik

Ada polisi insurans yang melindungi traveler dalam negara iaitu semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Harga polisi untuk dalam negeri atau domestik lebih murah harganya.

Luar Negara

Dalam polisi ini harganya lebih mahal berbanding domestik. Bagi polisi luar negara bukan tertumpu kepada satu satu negara untuk satu polisi, akan tetapi dikelaskan melalui region.
Contoh region adalah antara benua, misalnya region A dikhaskan untuk seluruh negara Asia dan region B untuk eropah.

Untuk region B agak mahal berbanding region A memandangkan jarak juga diambil kira.

Ada juga kawasan yang tidak dilindungi insurans travel kerana sedang berperang atau sebarang pergolakan yang ada dalam negara terbabit.

3. Bilangan Ahli Polisi

Pakej Individu

 
Polisi ini lebih murah dan sesuai untuk mereka yang ingin travel tidak ramai dalam satu masa.
Hanya khas untuk individu tertentu untuk dilindungi.

Pakej Keluarga/Multiple Traveler
 

Polisi ini agak mahal berbanding individu. Namun, kelebihannya adalah polisi dalam pakej ini boleh melindungi ramai ahli dalam keluarga malahan bilangan anak juga tiada had, namun bergantung kepada jenama polisi juga.
 

Ada juga jenama insurans yang membenarkan warga emas berusia 70 tahun ke atas untuk berdaftar.

Sebelum memilih insurans pastikan berapa orang yang ingin dilindungi dan umur mereka kepada agen polisi insurans anda.

4. Perlindungan dan Pengecualian

Paling penting untuk fahami dan tahu senarai butiran sebelum memilih pakej atau plan polisi insurans travel dengan jenama tertentu.
 

Supaya ketika berlaku apa apa kecemasan tidaklah buang masa dalam perbalahan terma dan syarat.

Pastikan adakah kematian disebabkan kemalangan ketika travel anda dilindungi dan tahu berapakah jumlah bayaran pampasannya nanti.
 

Pastikan juga pada kes yang menyebabkan kecacatan kekal berapakah polisi tersebut boleh memberikan pampasan kepada anda lagi penting untuk kecacatan kekal termasuk dalam perlindungan.

Biasanya kes berkaitan di atas pihak travel insurans akan memberikan pampasan secara 'lump sum' dan segala urusan pembatalan tiket, tempahan tiket penerbangan tambahan dan urusan travel yang lain, pihak travel insurance yang akan uruskan.
 

Tanya agen tersebut mengenai isu ini.

Tanya juga apakah polisi masih berjalan jika sudah masuk ke negara asal, contohnya sudah balik ke Malaysia.

5. Pihak Travel Insurance Mudah Dihubungi


Pilih jenama dan polisi travel insurance yang sentiasa menjaga perhubungan pelanggan.
Walaupun berlaku di ceruk dunia atau waktu pagi rembang masih boleh dihubungi.

Pastikan anda lihat reviews dan rating yang ada di internet mengenai khidmat pelanggan mereka apabila berlaku urusan.Bukan mencari agen atau syarikat insurans yang mementingkan untuk semata.

Pilih Polisi Travel Insurance Terbaik

Penulis telah jelaskan beberapa kriteria dan langkah langkah sebelum menandatangani perjanjin travel insurance dengan mana-mana syarikat insurans untuk travel ke mana mana. 

Harap dapat membantu anda mendapatkan polisi travel insurance yang terbaik dan berbaloi dengan harganya.


2 Ulasan

  1. saya akan pilih yang takaful kemudian baru saya narrow down pilih package yang sedia ada. sebab bukn selalu travel jadi akan ambil yg single trip je hehe.. yang kaki jalan kawkaw berbaloi amek annual =)

    BalasPadam
  2. Nice sharing. Seriously tak amek tahu sangat

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.