Taman tema adalah satu kawasan travel yang selalu dikunjungi dalam berkumpulan dan beramai-ramai. Kawasan permainan yang banyak dengan aktiviti dan permainan.

Senarai Taman Tema dan Taman Air Di Malaysia
Senarai Taman Tema dan Taman Air Di Malaysia

Ada juga yang mengikut tema dan suasana tertentu.

Taman tema kebiasaannya disedikan kawasan tema air. Air merupakan hiburan yang menjadi tarikan tidak kira apa usia dan taraf hidup.

Kenangan mandi air hujan ketika zaman kecil kini diaplikasikan dalam bentuk taman air.

Permainan gelungsur (slides), roller coaster (rides) antara aktiviti tipikal di taman tema. Namun, terdapat keunikan lain bagi setiap taman tema yang ada.

Di Malaysia terdapat banyak taman tema dan taman air yang ada. Jom 'basahkan' sedikit minda anda supaya boleh merancang taman tema mana yang akan masuk ke dalam senarai 'bucket list' percutian dan itinerary travel anda nanti.
 

Sunway Lagoon Water Theme Park Di Selangor

Google Image
 Lokasi:

Terletak di negeri Selangor dan lebih tepat di Bandar Sunway, Subang Jaya.
Diwujudkan di dalam kawasan bandar dengan dikelilingi bangunan dan infrastruktur moden

Tarikan Menarik :

Taman tema yang konsepnya 'bermain air'. Pelbagai aktiviti dan permainan yang membabitkan permainan air. 

Dengan gelombang dan siraman (splashing) air di pelbagai sudut dari kategori biasa sahaja sehinggalah kepada ekstrim.

Nikmati 90 rides dan tarikan taman tema yang popular seperti Vuvuzela, Monsoon 360, Jungle Fury, Pirates Revenge dan banyak lagi.

Jelajahi 6 Nickelodeon-themed zones: Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Wildlife Park, and Extreme Park.

Terdapat Wildlife Park yang menempatkan lebih 150 spesis hidupan dengan pelbagai habitat.

Alamat:

3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa bermula jam 10 a.m sehingga 6 p.m

Harga Tiket

RM 128

Beli Tiket : Sunway Lagoon Ticket in Malaysia

Sunway Lost World of Tambun Waterpark Di Perak

Google Image
Lokasi

Terletak di negeri Perak di kawasan bernama Tambun. Taman tema dengan permandangan versi alam semulajadi dengan latar belakang gunung ganang dan tumbuhan hijau.
Didirikan di pinggir bandar Ipoh. 2 Jam perjalanan dari Lembah Klang.

Tarikan Menarik

Lost World Amusement Park menjanjikan 'rides' yang terbaik untuk adrenaline anda.

Rasai nikmat rendaman suam dan menyegarkan dengan panorama alam semulajadi di Lost World Hot Springs.

Bagi Lost World Hot Springs Night Park pula hiburan anda ketika waktu malam menjelang.

Tambahkan informasi mengenai Malaysian Tin Mining History dan kehidupan harimau Siberian.

Bagi tarikan keluarga dan rakan-rakan cuba alami amusement park rides dan eco-adventure thrills.

Taman tema air tidak lengkap jika tidak mencuba 'splashing time' di  Lost World Water Park dengan pelbagai permainan seperti  Tube Raiders and Cliff Racer

perang dengan meriam air atau santai dan berendam dalam kolam yang berombak sahaja.

Alamat

 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi

Isnin - Jumaat: 11 a.m sehingga 11p.m , ditutup setiap Selasa kecuali cuti sekolah dan hujung minggu.

Hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum: 10:00am sehingga 11:00pm

Harga Tiket

RM 77

Beli Tiket : Sunway Lost World of Tambun Waterpark Ticket in Ipoh


Adventure Waterpark Desaru Coast

Google Image
Lokasi

Desaru terkenal dengan percutian pantai di Johor, Malaysia. Dengan permandangan laut anda berpeluang mengalami pengalaman bermain air tawar dengan suasana laut.

Tarikan Menarik

Jangan lupa untuk menikmati 'Wave Pool' yang terbesar di dunia disini. Pilihan bersantai atau bermain dengan 'slides' yang pelbagai dan memilih permainan dengan fasiliti air yang mencabar.
 

Alamat

No. 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Waktu Operasi

Khamis - Ahad :10 am hingga 6 pm (cuti sekolah, cuti umum dibuka setiap hari)

Harga Tiket

RM 50

Beli Tiket : [Klook Exclusive] Adventure Waterpark Desaru Coast Ticket in Johor

ESCAPE Theme Park Di Penang

Google Image
Lokasi:

Perjalanan yang mengambil masa hanya setengah jam dari bandar Georgetown Penang. Terletak sekitar Telok Bahang Forest Park.

Tarikan Menarik :

Jom cuba bermain gelungsur (slides) yang memegang rekod Guinness World Record sebagai 'The Longest Tube Water Slide in the world'.

Cuba lebih 30 aktiviti yang menggerunkan seperti  zip lines, water slides dan lain lain.

Bukan sekadar taman bertemakan aktiviti air, di sini juga terdapat taman aktiviti yang sesuai dengan keluarga dan rakan rakan.

Jangan lepaskan peluang untuk bermalam di ESCAPE dengan pakej '1-night Base Camp Exeprience Bundle package'.

Alamat:

828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Waktu Operasi :

Dibuka Selasa hingga Ahad (Isnin Cuti) dan mula beroperasi dari 10 a.m hingga 6 p.m

Harga Tiket

RM 149

Beli Tiket : [Klook Exclusive Promo] ESCAPE Theme Park in Penang

A’Famosa Ticket Di Melaka

Google Image
Lokasi

Cukup mudah untuk ditemui lokasinya yang teletak berhampiran exit PLUS Highway.
Tidak memerlukan anda masuk ke dalam bandar Melaka kerana ia wujud di pinggir negeri Melaka.

Tarikan Menarik

Santai dan ceria dengan percikan air di kawasan permaian air yang ada.

Memiliki 11 'rides' dan tarikan permainan yang menarik untuk di cuba. COntohnya, permainan kolam, water slides dan banyak lagi!
 

Jangan lepaskan untuk terapung, gelungsur dan berenang kesemuanya.

Lawati haiwan haiwan exotic yang jarang dilihat seperti flamingo atau zirafah di A'Famosa's Safari Wonderland.

Pengunjung diberikan pengalaman memberikan makan dan membelai haiwan haiwan eksotik yang ada dengan pelbagai jenis hidupan.

Naiki 'cruise' melawat kawasan sekitar ditengah tengah tasik dan jangan lupa lawati Monkey Island untuk melihat pelbagai jenis monyet yang unik.

Alamat

Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula operasi pada jam 9 a.m hingga 7 p.m

Harga Tiket

RM 40

Beli Tiket : A’Famosa Ticket in Melaka

Melaka Wonderland Water Theme Park Di Melaka

Google Image
Lokasi

Tidak begitu dalam bandar dan mungkin sedikit pinggir bandar namun belum berada dalam hirup pikuk kesibukan bandar.
 

Terletak di dalam kawasan Taman Botanikal Melaka.

Tarikan Menarik


11 tarikan water splashing yang menanti pengunjung yang cukup popular di Melaka.
Tarikan yang ada adalah antaranya Tornado Chaser, Kamikaze Racer, 1 Big Wave Pool, Adventure Island dan banyak lagi.

Sempurna untuk pelbagai tahap umur keluarga, kanak-kanak, dan remaja serta dewasa.

Lebih menarik adalah kombinasi 8 slides dalam satu taman permainan air yang luas.

Alamat

Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh

Waktu Operasi

Selasa - Jumaat : 10 am hingga 6 pm , tutup setiap Isnin kecuali cuti sekolah dan cuti umum.
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah, Cuti Umum : 10 am hingga 6 pm

Harga Tiket

RM 22

Beli Tiket : Melaka Wonderland Water Theme Park Admission Ticket

Bayou Lagoon Water Park Di Melaka

Google Image
Lokasi

Terletak di kawasan bandar dan menjanjikan suasana bising metropolitan yang menjadi citarasa yang inginkan suasana sebegini.

Tarikan Menarik

Permainan air yang tidak kurang juga percikan airnya. Nampak sahaja minimalis namun tidak akan rugi jika inginkan tama tema air yang dikelilingi kesibukan bandar.

Towering slides antara permaian yang popular di sini selain wujudnya kiddie's play area dengan teduhan untuk santai.

Terbaik untuk mereka yang inginkan pertemuan di taman tema air yang tidak ramai orang.

Apa yang pasti bermalam disini antara pilihan terbaik.

Alamat

Bayou Lagoon Water Park, 75450, Melaka

Waktu Operasi

Dibuka pada hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad bermula operasi dari 9 a.m sehingga 6 p.m

Harga Tiket

RM 16

Beli Tiket : Bayou Lagoon Water Park Ticket in Melaka

Wet World Water Park Shah Alam Di Selangor

Google Image
Lokasi

Terletak di Taman Tasik Shah Alam berada di penjuru taman tasik. Boleh dikatakan berada di dalam bandar Shah Alam.

Tarikan Menarik

Taman tema air yang cukup ideal untuk majlis berkumpulan seperti karnival, parti, hari keluarga, lawatan sekolah atau acara keramaian untuk santai.

Dengan perbelanjaan yang murah dan berbaloi taman tema ini menjadi pilihan banyak keluarga dan kumpulan.

Alamat

 No. 3A, Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi

Cuti Sekolah - Dibuka setiap hari (Isnin - Ahad) dari jam 10 a.m hingga 6 p.m
Hari Biasa - Hujung minggu sahaja dari jam 10 a.m hingga 6 p.m
Cuti Umum - Dibuka dari jam 10 a.m hingga 6 p.m

Harga Tiket

RM 33

Beli Tiket : Wet World Water Park at Shah Alam Ticket

Berjaya Times Square Theme Park Di Kuala Lumpur

Google Image
Lokasi

Terletak dalam mall Times Square Kuala Lumpur. Betul-betul indoor dengan disaksikan pengunjung mall.

Tarikan Menarik

Memegang rekod  Malaysia's largest indoor theme park dengan ukuran 133,000 kaki rugi jika tidak cuba ke sini.

Supersonic Odyssey ride dengan kelajuan 80km/j antara pengalaman menakjubkan di dalam mall.

Jangan lupa cuba juga Spinning Orb dengan putaran 10 pusingan dalam satu minit. Satu pengalaman indoor yang pasti meninggalkan kenangan.

Terdapat juga permainan interaktif untuk kanak-kanak seperti Oops Playhouse atau Cosmo Theatre.

Alamat

Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula jam 12 p.m hingga 8 p.m

Harga Tiket

RM 44

Beli Tiket : Berjaya Times Square Theme Park Ticket in Kuala Lumpur

Splash Out Langkawi Water Theme Park Di Kedah

Google Image

Lokasi

Tidak jauh dari pekan Kuah Langkawi. Bersebelahan laut dengan panorama menarik.

Tarikan Menarik

Terdapat 12 tarikan permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan, contohnya, Wild Water, Sprinkle Island, Poseidon’s Revenge dan banyak lagi!

Diinspirasikan sebagai tempat singgahan dan rehat para pelayar yang menemui dunia baharu semestinya menjadi pengalaman baharu kepada pengunjung.

Santai dan mencari deruan adrenalin adalah tema taman tema air ini.

Alamat

79, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu bermula jam 11 a.m sehingga 6 p.m

Harga Tiket

RM 45

Beli Tiket : Splash Out Langkawi Water Theme Park Ticket

LEGOLAND® Malaysia Di Johor Bahru

Google Image
Lokasi

Terletak di bandaraya Johor Bahru dan menjadi penanda hiburan yang berada di selatan semenanjung Malaysia.
 

Tiada sukar untuk sampai ke sini terdapat bas dan private transfer untuk ke sini.

Tarikan Menarik

Terlalu banyak tarikan yang ada dengan tema Lego. Merupakan duta Legoland di Malaysia.

Pelbagai tema dan permainan yang ada dengan pelbagai jenis permainan dan aktiviti.

Datang sini seperti sudah menghabiskan percutian taman tema yang ada di Malaysia.

Berbaloi dengan harga tiket dan perbelanjaan yang besar untuk ke sini. Dengan lebih 40 persembahan yang dipertunjukan selain permainan.

Theme park di dalam Theme park!

Alamat 

No 7, Persiaran Medini Utara 3, Bandar, 79250 Johor Bahru, Johor
 

Waktu Operasi

Boleh rujuk opening hours Legoland di sini

Harga Tiket

RM 671

Beli Tiket : LEGOLAND® Malaysia VIP Expedition in Johor Bahru

Pilih Percutian Taman Tema dan Bajet Travel

Ini adalah senarai taman tema dan taman air yang ada di Malaysia. Boleh cuba untuk ke mana-mana pilihan percutian anda. 

Masing masing memiliki keunikan tersendiri.
 

Harga tiket yang disiarkan adalah merujuk harga promosi dari Klook untuk masa artikel ini ditulis. Boleh buat belian tiket dan survey aktiviti yang pada pautan yang telah penulis berikan, untuk harga semasa

Selamat membuat percutian di taman tema dan taman air yang anda ingin cuba merasai pengalamannya.


0 Ulasan