Pastinya apabila bercerita mengenai air terjun sudah pasti dapat dibayangkan dengan kawasan hutan terlitup dan dengan air sungai yang mengalir laju. Dari jauh sudah terdengar akan hempasan air kepada objek keras seperti kayu dan batu.

Air Terjun Sesuai Keluarga
Air Terjun Sesuai Keluarga

Berbanding pantai yang lebih santai kawasan airnya cukup sesuai untuk aktiviti percutian atau aktiviti perkelahan dengan famili dan rakan-rakan.

 

Kawasan Air Terjun 'Friendly' dan Santai
 

Namun, adakah kawasan air terjun yang ada di Selangor dan sekitar Lembah Klang yang 'friendly' keluarga tanpa sebarang aktiviti pendakian dan berjalan kaki untuk sampai ke air terjun ?

Ada.

Mari penulis kongsikan beberapa kawasan air terjun yang sesuai untuk keluarga dan datang beramai-ramai tanpa risau akan terpaksa mendaki dan trekking untuk jangkamasa yang lama.

1. Air Terjun Semangkuk, Rawang


Kawasannya tidaklah besar namun keindahan air terjun dalam litupan hutan hujan tropika masih terjamin.  Bagi yang dalam perjalanan dari Lembah Klang ke Bukit Fraser bolehlah singgah untuk rehat dan rawat seketika.

Kawasan ini cukup elok untuk yang datang untuk berkelah dengan hamparan tikar dan makanan yang telah tersedia.

Jalan 4,
Kawasan Industri Greatyear Capital Rawang,
48000 Rawang, Selangor


 

Waktu Operasi : Tiada Had Masa

Harga Tiket : Percuma

3.6/5.0 (96 reviews)

2. Tapak Berkelah Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu

Dengan perjalanan 15 minit dari Pekan Kuala Kubu Bharu dengan kenderaan, air terjun ini adalah berada berhampiran dengan kawasan perkampungan Orang Asli Sungai Pertak. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah seperti berkelah, berkhemah dan bermandi manda.

Dengan terdapat kawasan datar yang luas, cukup terbaik untuk mendirikan khemah. Terdapat juga kawasan perkhemahan berbayar.

 

Waktu Operasi : Tiada Had Masa

Harga Tiket : Percuma

4.3/5.0 (267 reviews)

3. Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu

Berkongsi kawasan yang sama dengan Tempat Berkelah Sungai Pertak. Memerlukan pengunjung berjalan kaki sekitar 15 hingga 20 minit dari Air Terjun Sungai Pertak.
 

Bagi yang tidak mahu keriuhan atau mungkin terlalu ramai orang di Sungai Pertak ini adalh alternatif paling dekat dengan anda.

Waktu Operasi : Tiada Had Masa

Harga Tiket : RM1/orang

4. Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

Air terjun Sungai Chiling ini pernah menjadi kekerapan penulis datang ke sini. Ketika untuk penulis masih menggunakan telefon bimbit jenama Blackberry.
 

Tidak permah memasuki kawasan santuari Ikan Kelah namun pernah berkelah dan mandi manda di air terjun di tepi jalan yang menjadi pertemuan dua sungai iaitu Sungai Loi dan Sungai Kul.

Memerlukan anda menuruni bukit untuk ke bahagian bawah, sesuai untuk banyak peringkat umur kawasan mandinya, apalagi selesai mandi nikmati nasi goreng atau bihun goreng dibawah teduhan khemah.

Dikawasan berhampiran sini terdapat satu santuari Ikan Kelah. Berpagar dan mungkin memerlukan tiket. Sedikit pendakian diperlukan untuk sampai ke destinasi.

Jadi, untuk famili penulis syorkan mandi dan berkelah di kawasan luar sahaja.

 

Waktu Operasi : Tiada Had Masa

Harga Tiket : Percuma

4.2/5.0 (57 reviews)

5.  Air Terjun Hutan Lipur Sungai Sendat

Air terjun bertingkat-tingkat yang sesuai untuk famili berkunjung. Dengan pilihan kawasan cetek dan dalam untuk seisi keluarga.
 

Dengan tema hutan lipur maka ia sememangnya dijaga dan dikawal selia untuk pengunjung.

Jln Kampung Gurney,
44300, Selangor


 

Waktu Operasi : Tiada Had Masa

Harga Tiket : Percuma

4.3/5.0 (4 reviews)

6. Air Terjun Sungai Kedondong, Batang Kali

Bagi yang ingin ke Genting Highland melalui Jalan Batang Kali pasti akan menemui air terjun ini. Oleh kerana berada di tepi jalan maka parkir kenderaan adalah disekitar jalan raya.

B66 Jalan Batang Kali - Genting Highlands,
Kampung Kuantan, 44300
Batang Kali, Selangor


 

Waktu Operasi : Tiada Had Masa

Harga Tiket : Percuma

4.1/5.0 (623 reviews)

7. Air Terjun Serendah Recreational

Dikenali juga sebagai Templer Kai. Dengan pelbagai kemudahan yang sedia ada makan ia menjadi pilihan famili dan berkumpulan datang untuk beriadah.
 

Kawasannya tidak begitu mencabar dan lapang keadaan muka buminya menjadi salah satu pilihan orang ramai berkelah di sini.

Kampung Orang Asli Serendah,
48200 Serendah, Selangor


3.9/5.0 (799 reviews)

8. Air terjun Taman Eko Rimba Kanching Templer's Park Jungle

Air terjun disini dikategorikan dalam beberapa tingkat. Paling bawah semestinya bagi yang tidak gemar mendaki.
 

Makin tinggi air terjun makin terhindar dari pencemaran dan perubahan oleh manusia. Ada bayaran untuk sesuatu yang baik.

Dari pandangan penulis kawasan ini seumpama sebuah taman tema air dengan olahan air terjun semulajadi.

Berkelah dan mandi manda bersama keluarga, terbaik.

Kilometer 17, Jalan,
Jalan Rawang, Templer Baiduri,
48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi : 8 a.m hingga 6 a.m

Harga Tiket : RM1/orang, RM2/kenderaan

4.2/5.0 (1124 reviews)

9. Air Terjun Mini Jeram

Dengan banyak kemudahan yang ada pasti pengalaman berkelah dan mandi manda punca air terjun di sini cukup lengkap.
 

Sesuai untuk membawa warga emas dan kanak-kanak dengan merasai air terjun tidak begitu 'lasak'.

Jalan Taman Zooview,
Kampung Kemensah,
68000 Ampang, Selangor


3.8/5.0 (85 reviews)

 

10. Air Terjun Taman Rekreasi Sungai Gabai, Hulu Langat

Merupakan air terjun yang tiada sangkalan lagi. Semestinya ramai yang tahu dan ingin cuba datang ke sini. Dengan tersenarai dalam Taman Warisan Negeri Selangor pastinya kemudahan yang ada mencukupi dan selenggara pasti dilakukan.

Air Terjun Taman Rekrasi Sungai Gabai,
Selangor


Waktu Operasi : 8 a.m hingga 6 a.m

Harga Tiket : RM1 (termasuk parkir)

4.1/5.0 (837 reviews)

11. Air Terjun Taman Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat

Sungai Congkak boleh diiktiraf sebagai identiti air terjun di Selangor dan Lembah Klang.
Merupakan kawasan riadah air terjun tajaan pihak berkuasa tempatan yang semestinya memberikan kemudahan dan selenggara yang ada.

Mungkin hujung minggu akan ramai dengan pengunjung memandangkan ia cukup popular di kalangan pengunjung.

Waktu Operasi : 8 a.m hingga 6 a.m

Harga Tiket : RM1 (termasuk parkir)

 

4.1/5.0 (2094 reviews)

12. Air Terjun Sungai Tekala Recreation Forest

Dengan jarak 50 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Air terjun Sungai Tekala antara air terjun terkenal di sekitar Hulu Langat Selangor.
 

Jika Sungai Gabai dan Sungai Congkak ditutup atau ramai pengunjung maka air terjun Sungai Tekala adalah alternatif berhampiran.

 

Waktu Operasi : 7 a.m hingga 7 p.m (Setiap Hari)

Harga Tiket : RM2 (dewasa), RM1 (kanak kanak)

4.1/5.0 (1567 reviews)

13. Air Terjun Taman Eko Rimba, Sungai Tua

Air terjun ni sangat dekat dengan jalan raya utama. Maka ia sesuai untuk perkelahan keluarga dan kumpulan.
 

Bagi yang ingin menikmati perkhemahan di air terjun dengan dilitupi hutan belantara, inilah tempatnya.

Dibawah pengawasan Taman Warisan Negeri Selangor pastinya kemudahan awam disediakan.

B23 Jalan Hulu Yam Bharu - Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor


 

Waktu Operasi : 8 a.m hingga 5 p.m (Setiap Hari)

Harga Tiket : RM1

4.3/5.0 (265 reviews)

14. Air Terjun Ulu Yam

Penulis tidak pasti nama sebenar air terjun ini. Apa yang pasti ia merupakan antara air terjun yang pernah penulis alami.

Kawasannya tiada besar sangat namun memerlukan pengunjung menuruni tangga untuk menyentuh air terjun.

Ketika kedatangan penulis, ia seolah tidak dijaga meskipun terdapat bayaran dikenakan. Pengalaman buruk disini adalah kereta penulis pernah dipecah pintunya oleh mat rempit sekitar. Parkir jauh dengan air terjun, itu risikonya.

Namun, untuk berkelah dan mandi manda memang mampu melepaskan kerinduan kesejukan air dari bukit yang nyaman.

B23 Jalan Hulu Yam Bharu - Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor


Waktu Operasi : 7 a.m hingga 6 p.m

Harga Tiket : RM1

4.0/5.0 (218 reviews) 

Kawasan Air Terjun Kemudahan Mesra Keluarga

Ini adalah senarai kawasan tanah tinggi air terjun semulajadi di Selangor dan sekitar Lembah Klang yang cukup sesuai dengan aktiviti bersama keluarga dan rakan rakan.
 

Tempat tumpuan ramai dan tidak begitu sukar untuk menyentuh air terjun berbanding beberapa tempat yang memerlukan sedikit pendakian atau trekking untuk sampai.

Secara geografinya kebanyakan kawasan air terjun sekitar Lembah Klang adalah di kawasan hulu, itu memang faktanya.
 

Kedudukan Jauh Sedikit Dari Bandar

Maka agak jauh sedikit sekitar 40-100km dari pekan, bandar dan bandaraya dari segi jarak.

Keluar awal dan tetapkan waktu pulang pasti merupakan satu kemestinya yang jauh dengan kawasan ini.

Destinasi Rekreasi Air Terjun Sesuai Untuk Famili

Memandangkan kita satu Malaysia dan satu keluarga, kawasan ini terbaik untuk aktiviti bersama keluarga dan aktiviti perkelahan balik hari jika sekadar ingin berkumpul dan beriadah untuk sehari sahaja. 

Jika Dom Toretto tahu ada kawasan terbaik untuk famili sebegini pasti dia akan membawa familinya ke kawasan air terjun ini.

0 Ulasan