Bercuti dan melancong ke luar negara memang seronok. Apabila sering dengan hawa cuaca dan persekitaran sama kadang-kadang mahu juga mendapatkan udara baharu.

Wise_Application_For_Travelling
Wise_Application_For_Travelling

Apalagi berkunjung ke negara yang memiliki empat musim. Lagilah seronok apabila dapat mengalami pengalaman percutian baharu.


Setiap negara memiliki matawang masing-masing. Seperti Eropah (Euro), Britain (Pound Sterling), Turkiye (Lira), Amerika (USD) dan bermacam lagi matawang.

Nilai matawang berubah ubah dan nilainya dengan duit kita sentiasa tidak sama. Ini merupakan satu halangan kecil "hurdle" untuk melancong ke luar negara.

Tempat Membuat Tukaran Matawang Konvensional

Biasanya bakal pelancong ke luar negara akan menukar nilai matawang secara tunai di mana mana pengurup wang yang ada.

Seperti di;

1. Pasaraya

2. Bank

3. Airport

4. Cawangan pengurup wang

Apa yang menjadi sedikit kerumitan adalah caj yang dikenakan oleh tempat tempat ini berbeza dan agak mahal.

Nilai Tukaran Matawang Secara Automatik

Kalau boleh dapat dengan satu kadar (rate) yang sama dengan nilai pada graf yang dikeluarkan pihak tertentu tanpa sebarang caj yang mahal ini adalah terbaik.

Itu permasalahan dahulu sebenarnya, kini sudah terdapat satu aplikasi yang cukup mudah tanpa beratur dan mengeluarkan wang tunai.

Semuanya atas talian (online) dan hanya menggunakan peranti elektronik.

Aplikasi Trusted Dan Dipercayai

Dengan penarafan (rating) 4.5 bintang oleh Trustpilot yang mana satu platform untuk menilai aplikasi yang ada cukup boleh dipercayai.

Apalagi di Malaysia, Bank Negara Malaysia memberikan lampu hijau aplikasi ini untuk menyediakan khidmat tukaran wang, deposit dan pengeluaran matawang di Malaysia.

Ia adalah Wise dahulunya dikenali sebagai TransferWise

Wise Account
Wise Account


Aplikasi ini cukup berguna pagi pelancong yang ingin travel ke luar negara.Janji dalam akaun bank anda ada wang untuk di depositkan ke dalam aplikasi Wise ini.

Cara Mudah Menggunakan Aplikasi Wise

Boleh menukarkan nilai matawang dari ringgit (MYR) kepada matawang negara yang ingin anda bercuti secara automatik mengikut kadar tukaran semasa.

Easy Transferring Money Steps
Easy Transferring Money Steps


Cara penggunaannya juga mudah dengan;

1. Deposit dari akaun bank

2. Tukar kepada nilai matawang yang diingini

3. Buat pengeluaran dengan nilai matawang baharu

Tidak akan timbul isu jika ketika berseronok bercuti di luar negara, tunai anda tidak cukup dan sukar untuk mendapatkan tempat tukaran wang.

Dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar sahaja boleh membuat transaksi.

Kelebihan Menggunakan Aplikasi Wise Ketika Travel

Kelebihan menggunakan Wise ketika melancong

Visa Card By Wise
Visa Card By Wise


1. Tukaran wang terus automatik tanpa perlu mendapatkan pengurup wang

2. Tidak memerlukan anda memegang wang tunai dalam kadar yang banyak

3. Simpanan untuk aktiviti tertentu ketika bercuti di luar negara

4. Kehilangan wang bukan masalah lagi

5. Tiada lagi caj mahal-mahal ketika berurusan dengan wang di luar negara (caj pengurup wang, caj mesin ATM luar negara)

Kelebihan lain yang ada pada wise adalah ia boleh dijadikan sebagai satu akaun simpanan untuk melancong ke luar negara.

Mudahkan Urusan Transaksi Ketika Travel Luar Negara

Supported Currency Wise
Supported Currency Wise


Deposit dari bank biasa anda dan simpan sahaja dalam akaun Wise, gunakan apabila perlu dan jika lebih bijak lihat ketika tukaran nilai matawang cantik nilainya baharu gunakan.

Apalagi jika anda memiliki satu kad visa yang dikeluarkan oleh Wise ini lebih memudahkan.

Ingin Bercuti Di Luar Negara Perlu Ada Wise

Penulis beranggapan bagi mereka yang gemar travel ke luar negara, perlu ada akaun Wise dan aplikasi ini di telefon atau peranti digital anda.

Bagi memudahkan urusan pembayaran apa apa di luar negara nanti.


Kad Debit Wise

Apa yang menarik tentang Wise ini ia didatangkan dengan satu kad debit. Satu kad debit yang membolehkan anda membuat transaksi jual beli atau bayaran perkhidmatan secara terus.

Dengan modal hanya RM13.70 untuk satu kad Wise ini boleh gunakan dengan nilai matawang yang diingini.

Terbaik bukan!

Cara Guna Kad Wise
Cara Guna Kad Wise Sumber | FB Asrul Basri Azmi

kelebihan Kad Wise

1. Boleh digunakan lebih 150 buat negara
2. Boleh digunakan terus bila sudah mendaftar
3. Auto-Convert nilai matawang on the spot
4. Notifikasi transaksi terus diberikan
5. Boleh digunakan di mana mana Automated Teller Machine (ATM Visa)

Penulis sendiri sudah memiliki akaun Wise mana tahu berpeluang untuk bercuti di luar negara, mudah tanpa perlu risau mencari pengurup wang dengan tunai.

Jika berminat boleh buat muat turun dan daftar melalui pautan link di bawah;

Semoga bermanfaat

10 Ulasan

  1. bagus app ni...tak perlu bawa byk cash, sekrg ni mudah, almost semua dah digital..yg penting, jgn hilang hp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul cashless sekarang. hilang handphone tidak apa, sebab boleh login tempat peranti lain tp jgn dedah paswword sudah hehe

      Padam
  2. Bagus ada wise ni. Senang urusan pembayaran bila bercuti. Sekarang nak cari money changer pun payah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Leceh nak cari pengurup wang money exchanger...mereka punya rate dan fi juga berlainan...

      Padam
  3. wak kat jakarta guna Bigpay tapi pakai visa credit card pun kurang lebih sama je., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bigpay ada isu scam data tahun 2021...credit card ada caj tersembunyi hehe =p

      Padam
  4. Mereka yang selalu ke luar negara app ni sangat memudahkan rasanya.
    Bilalah nak ke luar negara ni eh!

    BalasPadam
  5. wah...informasi ini sangat bermanfat...harap dapat jadi rujukan saya lagi pada masa hadapan

    BalasPadam
  6. Kita pun guna big pay (luar negara belum guna lg sbb passport pun macam malas nak renew sekarang ni..hehehehe)..serius ada isu scam!!! Oh my...

    BalasPadam
  7. mudah kalau ada app ni ye. tq for sharing

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.