Pulau Kapas walaupun secara perimeternya tidaklah begitu besar berbanding pulau-pulau lain sekitar Terengganu. Pulau Kapas memiliki keistimewaannya sendiri. Malah lebih dekat, sama sahaja aktiviti boleh dilakukan di pulau kapas.

Bayaran dan Fi Masuk Ke Pulau Kapas Terengganu


Pulau Kapas cukup sesuai untuk percutian seharian (day trip) atau bermalam. Penulis akan kongsikan beberapa bayaran dan kos yang diperlukan untuk melengkapkan percutian di Pulau Kapas Terengganu.


1.Bayaran  Parkir Jeti Marang

Kawasan parkir yang cukup luas, boleh parkir didepan kiosk-kiosk jualan tiket feri ke Pulau Kapas. Namun, jika penuh masih ada parkir di bahagian belakang premis jualan tiket.

Harga Tiket: 

Day Trip: RM 6.00/malam

Bermalam (Stay pulau): RM 9.00/malam

2. Fi Masuk ke Pulau Kapas

Terdapat dua jenis bayaran sebelum boleh menaiki feri/bot ke Pulau Kapas. Kedua-duanya perlu dibuat bayaran di Jeti Marang.

Dua caj tersebut adalah;

a) Bayaran Perkhidmatan dan Akses Pulau : 

Bayaran Perkhidmatan dan Akses Pulau Kapas
Bayaran Perkhidmatan dan Akses Pulau Kapas


Dewasa: RM 5.00

Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 3.00

b) Bayaran Taman Laut : 

Bayaran Taman Laut Pulau Kapas Receipt
Bayaran Taman Laut Pulau Kapas Receipt


Dewasa: RM5.00

Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 2.00

Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 2.00

3. Tiket Bot/Feri (Ombak Kapas)

Penulis menggunakan perkhidmatan bot dan feri dari Ombak Kapas, kerana penulis akan menginap di Ombak Kapas Resort Pulau Kapas.

Ombak Kapas Boat Ticket Receipt
Ombak Kapas Boat Ticket Receipt


Harga Tiket Bot: 

Dewasa : RM 40.00 (pergi/baik)

Kanak-Kanak (5 hingga 12 tahun): RM 20.00 (pergi/baik)

Pulau Kapas Sea View
Pulau Kapas Sea View


Harap info di atas akan memudahkan bakal pelancong ke Pulau Kapas menyediakan wang atau penyedian itinerary dengan bajet yang telah dirancang. Kos dan bayaran di atas adalah maklumat bayaran untuk ke Pulau Kapas dengan tambahan untuk aktiviti snorkeling.

4 Ulasan

  1. Ada peluang memang saya mahu juga ke Pulau Kapas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulau Kapas tidak begitu jauh dari tanah besar semenanjung..naik bot pun tidak sampai sejam..bolehlah jadikan Pulau Kapas sebagai pengalaman pertama jelajah pulau di Terengganu

      Padam
  2. Boleh tahan juga byk yg perlu dibayar.. tiket bot RM40 return tu kira murah dari Johor nak ke Batam RM180 return hihii..
    Tgh kira2 kalau pergi seisi keluarga husbnand wife dgn anak 4 org..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang kadang kita nampak kos feri, kos makan sahaja kalau mahu ke pulau.
      kena sediakan juga lebihan bajet untuk kos ala ala tersembunyi macam ni, nanti tidaklah agak kalut hehehe

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.