Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Idham Homestay Manir Kuala Terengganu

Idham 20Homestay 20Manir 20Kuala 20Terengganu 1

Setiap kali bercuti dalam bilangan yang ramai, inap desa (homestay) pasti menjadi pilihan. Rumah yang disewakan kepada tetamu dalam satu jangka masa yang singkat, inilah penginapan ‘homestay’ percutian zaman moden.

Apatah lagi sebuah homestay yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti parkir luas, kipas dan pendingin hawa, bilik yang banyak dan memenuhi kehidupan dalam sebuah rumah.

Homestay ‘Banglo’ Di Kuala Terengganu

Kena pula dengan kedudukan sekitar yang berada di pinggir bandar dengan suasana kampung yang damai lagi menenangkan. Paginya ditemani dengan sapaan lembut angin dari kawasan lapang sawah padi tinggal dan kesuaman dari matahari jam lapan pagi dari sebelah sisi homestay.

Homestay Design Banglo

Sebenarnya homestay sebegini memang wujud di Terengganu. Penulis berjaya melepasi pengalaman untuk menginap di sebuah homestay yang terletak di tengah-tengah sawah padi yang sudah tidak digunakan untuk bermalam sambil melengkapkan itinerary percutian di sekitar Kuala Terengganu.

Homestay yang penulis maksudkan adalah Idham Homestay yang terletak di Manir, Terengganu.

Ruang Tamu

Ruang tamunya cukup luas, sesuai untuk ada anak kecil yang sukakan aktiviti berlarian atau pra fun walk 5km. Dengan lantai mozek menambahkan lagi keinginan untuk bergolek-golek. 

sofa di ruang tamu

Jika ini rumah penyewa pelajar, boleh memuatkan sekitar 20 orang dalam satu masa.Pada dinding dilekatkan satu televisyen (tv) bersaiz 32″ dengan beberapa kelengkapan hiburan lain. TV yang disediakan adalah Smart TV, dengan sudah dipasangkan dengan android apps seperti netflix, youtube, dan beberapa apps. Namun, hanya akaun netflix sendiri boleh digunakan.

Router Internet Unifi

Bagi memungkinkan untuk berhibur dengan hiburan atas talian (streaming), internet yang digunakan adalah dari Unifi. Cukup terbaik untuk mendapatkan maklumat, dan berhibur, pendek kata tinggal di homestay ini anda tidak akan terlepas dunia luar.

Walaupun berbaring atas mozek agak menyejukkan dan agak selesa, pemilik homestay ada menyediakan satu sofa ringkas yang boleh dikatakan agak terbaik untuk dibuat katil dikala malam bulan mengambang.

Jenis Bilik Homestay

Homestay dalam bentuk banglo gred C ini hadir dalam tiga buah bilik. Bilik pertama dilengkapi dengan pendingin hawa dan kipas siling. Boleh memuatkan satu keluarga dan dalam 3-4 dewasa. Ia umpama ‘master bedroom’ yang mana dilengkapi dengan bilik air di dalamnya. 

Jenis Katil Dalam Homestay

Katil yang digunakan memenuhi ruangan adalah bersaiz ‘Queen’. Bilik yang mungkin sukar untuk diajak mereka yang tinggal didalamnya untuk keluar dari segi keselesaan.

Ruangan Dalam Bilik Tidur

Bilik kedua juga memiliki satu pendingin hawa dan kipas siling. Katil bersaiz ‘queen’ juga menjadi pilihan untuk penginap berehat dan melelapkan mata. Berada di tengah dan sesuai untuk yang gemarkan keadaan redup (geng M.U dan Chelsea suka keadaan gua) dan akan menggunakan tandas luar.

Ruangan Bilik Kedua Homestay

Bilik ketiga agak versi marhaen memandangkan hanya kipas siling digunakan walaupun ketika waktu petang bilik inilah yang banyak menerima bahang dari haba matahari berbanding bilik lain. Dari segi keselesaan siang, bolehlah tidur di ruang tamu.

Bilik Ketiga Dalam Homestay

Bagi yang inginkan ‘toto’ boleh hubungi pihak homestay.

Ruang Dapur

Bagi melengkapkan homestay dalam kondisi sebuah rumah. Ruang makannya bersambung terus dengan ruang tamu dalam kedudukan memanjang. Meja makan yang mampu memuatkan sekitar 6 orang dalam satu masa menjadi penghalang untuk terus ke bahagian sinki jika anda meluncur dari ruang tamu.

Perkakasan Dalam Dapur

Sebelah kiri bahagian dapur tersedia tempat memasak dan peti sejuk. Bagi yang suka memasak ia lengkap dengan sebotol minyak masak disediakan. Apalagi jika ingin menghangatkan makanan dari luar.

Meja Makan Kayu Homestay

Pemanas air versi mudah alih juga disediakan mana tahu jika ada yang mahu mencicah biskut marrie, atau biskut mayat dengan air teh o panas sendiri sambil melayan Mechamato atau Bebefinn di TV.

Peti Sejuk dan Peralatan Elktrik

Pinggan dan mangkuk beserta gelas disediakan oleh pemilik homestay. Tidak dilupakan juga sudu dan garfu memeriahkan bahagian tepi sinki.

Bilik Air dan Tandas

Dua buah tandas disediakan dalam Idham Homestay. Satunya di dalam bilik utama, dan selebihnya dibahagian luar untuk dikongsi oleh bilik-bilik lain. Tandas ini berada di antara bilik kedua dan bilik ketiga.Tempat mandi dan tandas ditempatkan dalam ruangan yang sama. Disediakan beberapa ‘toileteries’ seperti mandian dan ‘shampoo’.

Ruangan Tandas Homestay

Apa yang terbaiknya adalah kelajuan airnya yang agak memuaskan hati mungkin sedikit lagi kelajuan boleh menghilangkan daki tanpa disental.

Tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai tandas memandangkan kita diperlukan untuk berada di dalam tandas atau tempat yang kotor dalam jangka waktu yang singkat.

Kelengkapan Lain Homestay

Selepas enak dan sedap bermain pasir di pantai atau pakaian menyerap penuh, satu mesin basuh kapasiti 7 kg ada disediakan di sebelah pintu belakang. Cukup terbaik bagi yang agak cerewet dengan kebersihan pakaian.

Kipas Siling dan Aircond Dalam Bilik

Bod sterika (iron bod) juga disediakan di homestay ini untuk memudahkan penginap menyerika pakaian tanpa menjadikan tuala atau selimut sebagai pelapik, apalagi batu bata untuk menghilangkan kedut pakaian.

Dalam memudahkan urusan solat para muslimin dan muslimat sejadah disediakan beserta arah kiblat di siling. Rajin-rajinkanlah mendongak ke siling.

Parkir Berbumbung

Harga Homestay Bawah RM200 Berpatutan Kuala Terengganu

Dengan kelengkapan dan fasiliti yang banyak serta ruangan luas yang memberikan keselesaan. Harga RM 170 untuk satu malam adalah amat berbaloi dan berpatutan untuk menginap di Idham Homestay ini.

Apalagi kawasan luaran yang cukup luas yang membolehkan anda beriadah seperti bermain badminton apalagi dengan aktiviti BBQ pada malam hari dengan keluarga dan rakan taulan.

Antara homestay yang murah sekitar Kuala Terengganu.

Informasi Pengunjung

Lokasi Homestay

Berada di pinggir bandaraya Kuala Terengganu namun tidaklah begitu terpencil. Agak terbaik lokasinya. Boleh dilakukan carian melalui Google Maps dan Waze.

Idham Homestay,
Lot 1017, Jalan Padang Kebor Air,
Kampung Kebor Air,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu

Peta Lokasi Idham homestay kuala terengganu

Harga Penginapan

  • RM 170/malam ( harga perlu dibayar RM 160 memandangkan mendapat diskaun dari pemilik homestay)

Bilik Tidur

  • Bilik utama : aircond + kipas syiling (katil queen) + tandas 
  • Bilik no 2 : aircond + kipas syiling (katil queen)
  • Bilik no 3 : kipas syiling (katil queen)

Bilik Air

  • 2 Buah dengan ‘toileteries’.

Fasiliti Homestay

  • Smart TV
  • Unifi Wifi
  • Tempat Masak (termasuk pinggan/mangkuk/sudu/garfu)
  • Tempat BBQ

Kemudahan/Kelengkapan

  • Tuala : 4 Helai
  • Sejadah : 3 Helai
  • Toto tambahan (jika diminta)
  • Seterika (termasuk bod)
  • Mesin Basuh
  • Peti Sejuk

Polisi/Terma Homestay

  • Check In : 3.00 p.m (Check in awal sekitar jam 1 p.m atas kebenaran pemilik, tiada caj lebih dikenakan)
  • Check Out : 12.00 p.m
  • RM50 per malam (akan dipulangkan dalam masa 3 jam ke atas selepas check out)
  • Muslim/mahram sahaja 
  • Dilarang merokok di dalam homestay 
  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan 
  • Makanan/minuman tidak halal tidak dibenarkan 

Hubungi

0134138017

Memudahkan penghantaran makanan ke homestay ini untuk restoran sekitar homestay Idham Homestay ini boleh rujuk pautan dan buat tempahan melalui pautan yang disediakan.

Ayam Gepuk Pak Gembus (Gong Badak) | Delivery

Ayam Gepuk Pak Gembus (Gong Badak) | Delivery
Discover Ayam Gepuk Pak Gembus, Malaysia’s first halal-certified, spicy Indonesian-style smashed fried chicken.

Order Here | Delivery

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

4 Responses

  1. mrhanafi says:

    Menarik sangat homestay ini selain harga yang amat berpatutan..ia khusus untuk orang Muslim supaya tidak timbul perasaan was-was ketika menggunakan peralatan di dapur

  2. Pemilik homestay begitu menjaga sensitiviti dan keperluan penginap itu boleh menarik penginap datang lagi atau akan recommend kepada bakal penginap.

    En Hanafi bolehlah bercuti di Terengganu nanti

  3. Biskut Mayat – Biskut kering (small square cracker) biasanya akan dihidang apabila sesudah tahlil kematian di Pantai Timur

    Toto – Alas tidur yang portable

    Sis kan suka libur dan makan, Terengganu ada apa yang sis mahukan nanti, untuk rehat rehat bolehlah cuba homestay ini kalau tidak mahu ke hotel-hotel lokal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *