Berkhemah Day Trip Di Pantai Batu Laut Sepang Selangor
Sebenarnya, pantai-pantai yang ada di sekitar Selangor bukanlah satu pantai yang boleh menyaingi pantai pantai yang agak popular lain yang majoritinya terdapat menghadap Laut China Selatan.
Day Trip Berkhemah Di Pantai Batu Laut |
Tidak juga boleh bandingkan pantai yang ada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan pantai yang ada di Pantai Timur Semenanjung Malaysia kerana lokasinya cukup berbeza.
Keadaan Pantai Sekitar Selat Melaka
Pantai di belah Pantai Barat Semenanjung Malaysia geolokasinya kurang strategik untuk mendapatkan ombak yang padu, angin laut yang menyegarkan, pasir pantai yang luas dan airnya sentiasa pasang sentiasa.
Permandangan Tipikal Pantai Di Selat Melaka |
Terlindung oleh Kepualauan Sumatera adalah faktor lokasi bahawa pantai di Selangor kurang menarik.
Tunggul Kayu Di Tepi Pantai |
Namun, ada sahaja keistimewaan pantai di Selangor yang memiliki kawasan berpasir yang luas tanpa dibatasi oleh konkrit seperti di Pantai Morib Banting.
Pantai Di Antara Morib dan Bagan Lalang Selangor
Bercerita mengenai Pantai Morib yang sememangnya popular sebagai kawasan peranginan pantai di Selangor, jika anda teruskan perjalanan lebih kurang dalam 5km dan sekitar 20 minit menuju ke arah Pantai Bagan Lalang, akan terdapat satu pantai yang agak kurang diminati (ketika artikel ini diterbitkan) namun terbaik untuk perkelahan dan perkhemahan jangka pendek.
Air Laut Surut Pokok Bakau |
Jika dahulu ia hanya cucian mata sebelum sampai ke Bagan Lalang dan kelihatan kawasan kehutanan dengan selang seli rumah penduduk setempat dan restoran makanan laut tidak halal pendatang.
Pantai Batu Laut Tanjung Sepat
Kini dengan adanya mercu tanda dan beberapa kemudahan asas ia mula 'hidup' dan berjaya dimasukkan di dalam senarai pantai menarik di Selangor.
Mercu Tanda Pantai Batu Laut |
Pantai yang penulis maksudkan adalah Pantai Batu Laut Tanjung Sepat Sepang.
View Pantai Batu Laut |
Permandangan Laut yang Sibuk dan Terlindung
Dengan pandangan ke laut, akan kelihatan pokok bakau yang terendam di dalam air, tidak begitu berbeza dengan panorama di Pantai Kelanang. Pohon bakau yang masih segar dan ada juga yang menghampiri zaman tuanya yang masih menerbitkan panorama menarik bukan sekadar pandangan 'horizon' laut semata.
Permandangan Laut Batu Laut |
Jika diamati dengan teliti, kelihatan beberapa kapal laut tidak kira yang membawa kontena, atau apa-apa logistik yang sedang beratur seolah budak tadika menunggu masakan mak cik kantin menunggu bihun dan mi goreng tersedia sebelum berlabuh di Pelabuhan Klang.
Air Laut Surut Selat Melaka |
Inilah kelebihan pantai sepanjang Selat Melaka.
Sesuaikah untuk Perkelahan atau Perkhemahan ?
Apa yang penting untuk dalam aktiviti reakreasi di sini, persoalannya adakah sesuai untuk perkelahan apalagi untuk berkhemah, nak tidur mana ?
Berkhemah View Selat Melaka |
Ya, dengan deretan tanah dengan hamparan pasiran pantai jika dilihat secara melintang, dengan litupan pohon rhu atau cemara apalagi dengan wujudnya pohon kelapa dalam pelbagai posisi postur, ada juga yang menyerupai patung liang liuk berangin yang menyuruh kita memasuki kedai atau stesen minyak, sangat memberikan teduhan untuk berkelah dan berkhemah.
Kawasannya juga cukup luas, mampu menempatkan sekitar 100 orang dalam satu masa, ini hanya andaian, namun agak luas. Tidak akan berlaku sebarang kesesakan sehingga bahu bertemu bahu.
Berkhemah Bersama Keluarga Di Pantai Batu Laut
Penulis dan keluarga berpeluang menikmati percutian tahun baharu gregorian dengan aktiviti berkhemah balik hari di Pantai Batu Laut Selangor. Dengan berbekalkan khemah berkapasiti 4 orang yang murah hasil pembelian di pasaraya Giant Banting (yang kini sudah ditutup) bolehlah untuk perlindungan.
Berkhemah Tepi Pantai |
Rezeki dari Allah s.w.t, penulis berjaya berada di satu tempat strategik dengan litupan pohon rendang, yang dipasangkan dengan dua buah buaian ringkas dengan mercu tanda keris yang tertusuk ke dalam tanah.
Artifak Keris Tepi Pantai |
Kehadiran keris ini menambahkan lagi semangat penulis untuk berkhemah dalam versi Mat Kilau.
Keris dan Buaian Pantai Batu Laut |
Buaian yang ada menambahkan lagi pesona untuk menikmati panorama laut walaupun air sedang surut. Boleh berendoi bersama keluarga untuk mendapatkan angin yang agak jarang menyapa muka kerana angin laut yang tidak begitu melautkan.
Penulis jika berkhemah walaupun tidak sampai sehari di pantai pasti akan gelisah jika tidak berjaya menghidu asap memasuki rongga hidung. Jadi, alang-alang membawa arang biar sampai ber'bbq' (nampak, macam tak kena sahaja perumapamaan ini).
BBQ Ayam dan Sosej |
Walaupun tiga ketul ayam hasil tangan perapan homemade dari isteri ia sudah cukup untuk melengkapkan aktiviti memanggang di tepi pantai.
Aktiviti yang Boleh Dilakukan Di Pantai Batu Laut
Aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini adalah seperti;
1. Berkhemah
2. Memanggang (BBQ)
3. Bermain pasir pantai (dikhuatiri sesuai untuk anak-anak)
4. Bermain air yang berselut
5. Menangkap ikan sekadar hobi tidak sehingga tahap nelayan
6. Bergambar dengan alam semulajadi
Anak Bermain Pasir Pantai |
Informasi Pengunjung
Lokasi
Lebih kurang 20 minit dari Pantai Morib Selangor menghala ke arah Pantai Bagan Lalang. Dapatkan bantuan Google Maps dan Waze dengan carian 'Pantai Batu Laut'.
Pantai Batu Laut
5,
Kampung Batu Lapan,
Tanjong Sepat, Selangor
Waktu Operasi
24 Jam
Kemudahan Lain
Tandas Awam
Kedai Runcit
Pangkin/Bangsal
Tandas Awam |
Liputan Data Internet/Telefon/Telekomunikasi
Umobile - 5G
Celcom - 4G
6 Ulasan
keris tu apa maksudnya?
BalasPadammasa mula mula sampai ingat jika cabut keris tu boleh jadi raja Pantai Batu Laut..tak pasti apakah mercu tandanya..mungkin milik Panglima Garang yang tertinggal
PadamPantai bakau seperti ini memang cendrung sepi yaa. Di sinipun pantai serupa juga tak ramai. Tapi memang terkadang ada yg hobi berkemah datang dan pasang tenda.
BalasPadamAtau sekedar piknik dengan keluarga di tepian pasir yg kering. ☺️
Di Malaysia, pantai di sekitar Selat Melaka (menghadap Indo) agak tidak aktif pantainya..tenang is good
PadamKalau mahukan suasana pantai ala Maldives sebelah Pantai Timur Malaysia, agak meriah..tapi ada musimnya
Nak berkhemah kalau lokasi tersebut ada provide tandas dan bilik mandi mmg best.. kalau tak ada kita layan jer hihii.. mostly pantai kat Selangor gitu lah rupa nyer
BalasPadamPantai ni sudah agak popular dah jadi alternatif kepada pantai morib dan bagan lalang.
PadamAir masih laju, tandas dalam kategori B. Risau nanti tidak begitu terjaga hehe
pantai di Selangor kena tengok aplikasi tides, senang nak main air hehe
Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.
Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.