Review Menginap Di Dash Studio Pool View Dash Box Hotel Cyberjaya

Review 20Studio 20Pool 20Room 20Dashbox 20Hotel 20Cyberjaya 1

Apabila seorang anak lelaki mula menjangkau usia 2 tahun dan bapanya pula inginkan satu percutian keluarga mini yang boleh memberikan sedikit kesan dalam peningkatan sel-sel otak behubung ketika bercuti.

Satu kawasan penginapan yang tidak begitu jauh dari rumah, sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya sebagai lokasi pilihan. Sebuah chalet atau bilik yang cukup ringkas dengan kelengkapan yang lengkap, mungkin kondisi sebuah bilik bersaiz studio pun sudah memadai.

Penginapan Dalam Art Ringan Alam Semulajadi

Apalagi kawasan sekeliling yang memiliki ‘suasano’ dan ‘vibes’ alam semulajadi yang sedia bergabung dengan keadaan futuristik yang apabila dilihat melalui pandangan mata seorang kanak-kanak berusia 2 tahun ia merupakan satu dunia fantasinya.

Apalagi dengan kewujudan kolam renang persendirian (private pool) yang dekat dengan bilik menginap hanya beberapa langkah sahaja dengan panorama pohon menghijau yang renek memberikan ‘suasano’ tenang itu indah.

Dashbox Hotel Cyberjaya

Apa yang penulis inginkan ini sebagaimana yang dinyatakan di atas memang wujud. Tempat yang berjaya memenuhi kriteria percutian keluarga penulis ini dinamakan Dashbox Cyberjaya.

Mercu 20Tanda 20Dashbox 20Cyberjaya 1

Bermula dengan carian di internet untuk membuat tempahan, penulis terus membuat panggilan ke meja pendaftaran Dashbox Cyberjaya. Berjaya diangkat dan segala inkuiri berjaya penulis dapatkan dan terus membuat pendaftaran.

Penulis disarankan untuk membuat pendaftaran tempahan daftar masuk (check in) di laman sesawang Dashbox Cyberjaya sendiri kerana lebih murah berbanding membuat tempahan melalui telefon atau jalan dalam (walk-in) haha.

Tempahan Daftar Masuk Melalui Laman Sesawang Dashbox Cyberjaya

Carian pada Google Search Box dengan kata kunci ‘Dashbox Cyberjaya’ membawa penulis kepada satu laman sesawang yang bukannya terus dengan alamat Dashbox, namun, dengan nama Riyaz Hotel. Beberapa kali juga penulis kurang yakin untuk menggunakan laman sesawang ini namun Riyaz Hotel adalah ‘bapa’ kepada Dashbox Cyberjaya, maka ia ‘legit’.

Dash Studio Pool View

Dashbox 20Pool 20View 20Studio 1

Demi mendapatkan ‘vibes’ dan kesan ‘art’ berat alam semulajadi dengan bunyian deruan air serta biasan berkaca dari kolam. Penulis berjaya mendapatkan sebuah bilik dalam kategori Dash Studio Pool View.

Dashbox 20Studio 20Pool 20View 20Depan 1

Melihatkan beberapa batang paip yang sudah diwarnakan pada kepala katil, penulis pasti bilik studio ini memang berada dalam seni futuristik apalagi kelihatan beberapa mural sprocket yang gagal penulis ukur saiznya.

Impresi 20Pertama 20Bilik 20314 20Dashbox 1

Dash Studio Pool View membolehkan penginapan buka sahaja langsir terus dapat melihat kolam di hadapan.

Bilik 314 diberikan ketika mendaftar masuk. 

Dashbox 20Pool 20View 20Siang 1

Bagi penulis bilik 314 agak strategik untuk mendapatkan kesan ‘art’ ringan alam semulajadi memandangkan penulis dapat menikmati dua jenis permandangan iaitu permandangan kolam (pool view) dan permandangan taman (garden view). 

Dashbox 20Pool 20View 20Malam 1

Dua kategori ini adalah berlainan jika membuat tempahan

Apa yang Ada Dalam Dash Studio Pool View ?

View 20Luar 20Dari 20Dalam 20Bilik 1

Memandangkan ia adalah versi bilik studio, perkakasan dan kelengkapan dalamnya cukup minimalis. Walaupun minimalis namun lengkap.

Apa yang menarik minat penulis pada pandangan pertama selepas meletakkan ‘electronic key’ pada slot dan terbukanya segala lampu serta alatan eletrik adalah suasananya.

Dengan lampu oren jingga yang redup (dim) ditambah pula dengan warna hijau dinding dalam bilik ini, sedikit memberikan senyuman, selamat datang ke dunia ‘art’ futuristik yang agak minimalis.

King Size Bed

Tempat berguling dan berdenyut denyut ini adalah dalam saiz king. Putih secara totalnya. Mampu memuatkan seorang abah, seorang ibu dan seorang anak kecil berusia dua tahun.

King 20Size 20Bed 1

Selimut tebal gebu tipikal mana-mana hotel diberikan, pasang aircond, berselimut risau terlebih tidur sehingga waktu daftar keluar.

Jaga-jaga tidur malam, risau ada paip dan gear jatuh hempap kepala. Itu gurau.

Katil 20Tepi 20Tingkap 1

Pendingin Hawa

Bilik berkeluasan 33 meter ini, dilengkapi dengan satu pendingin hawa sebagai satu sumber ventilasi untuk bilik yang saiznya tidaklah begitu besar, tidaklah begitu terkurung dengan udara yang sama. Remote aircond disediakan anda mampu mengubah suhu yang dinginkan.

Bilik Air/Tandas

Jika anda pernah tinggal di sebuah apartmen di Australia di sekitar Bankstown begitulah bilik airnya. Ruang mandi dan membuang hadas dalam satu ruangan sama namun dibatasi oleh pintu kaca.

Shower 20and 20Toilet 1

Usah risau akan kesejukan sehingga bersalji bulu hidung kerana setiap faucet, showernya didatangkan dengan air panas yang boleh laras.

Rak 20dan 20Sinki 1

Peti Sejuk dan Peti Simpanan Berkunci

Cukup terbaik apabila terdapat peti ais mini untuk simpanan makanan dan minuman. Bolehlah buat simpan makanan dari luar supaya tahan lama dan tidak memberikan aroma kurang senang di dalam udara bilik.

Mini 20Peti 20Sejuk 1

Kehadiran peti besi juga mungkin berguna jika anda tiada kad debit, kad kredit dan hanya bawa wang tunai berkepok-kepok. Atau risau ada ‘toyol’ letak barang berharga dalam peti besi.

Safety 20Box 1

Hiburan Dalam Bilik

Televisyen disedikan sebagai pelengkap bunyi-bunyian dalam bilik. Walaupun tidak banyak saluran yang ada, setakat mahu layan berita politik, drama swasta bolehlah. Penggemar AXN pasti teruja kerana ada saluran tersebut.

Televisyen 1

Zaman canggih, streaming sahaja paling tidak pun layan Youtube. WIFI disediakan.

Cerek, Teh dan Kopi

Sebagaimana tipikal bilik resort/chalet akan dilengkapi dengan cerek dan sedikit kondimen ringkas berupa sachet 3 in 1 seperti teh dan kopi.

Cerek 20Teh 20Kopi 20dan 20Air 20Mineral 1

Dalam bilik ini juga disediakan juga, dalam kuantiti dua orang makan/minum.

Kolam Mandi Dashbox Cyberjaya

Salah satu kriteria penyebab penulis menjadikan Dashbox Cyberjaya sebagai pilihan percutian adalah terdapat kolam mandi. Kolamnya agak luas dengan rekabentuk yang bukan tipikal petak seperti Proton Saga kereta kebal, lebih kepada kereta porche rekabentuknya.

Kolam 20Mandi 20Dashbox 20Cyberjaya 1

Pengunjung akan diberikan gegelang kertas bewarna hijau daun pisang sebagai pas masuk menggunakan kolam persendirian di Dashbox Cyberjaya ini.

Pas 20Masuk 20Guna 20Kolam 20Dashbox 1

Usah risau mengenai kedalaman, terdapat beberapa kawasan yang sudah ditandai dengan kedalaman kolam. 

Kolam 20Dashbox 20Warna 20Hijau 1

Paling cetek adalah 0.5meter dan paling dalam 1.2meter. Dari kanak-kanak dua tahun sehingga abah dan ibu kanak-kanak boleh menikmati mandi kolam.

Santai 20Tepi 20Kolam 1

Suasana kolam malam harinya pula agak romantik dan bewarna-warni, cukup menenangkan (jika tiada lagu background). Dengan siangnya bewarna hijau, malam pula dengan warna biru dengan persekitaran ungu.

Kolam 20Mandi 20Dashbox 20Waktu 20Malam 1

Pengalaman Penulis

Apa yang membuatkan penulis agak suka akan Dashbox Cyberjaya adalah panorama, permandangannya, masih berulang-ulang siaran seumpama astro di tv. 

View 20Luar 20Ketika 20Malam 1

Pengalaman menggunakan kolam yang agak menyeronokkan, anak dan isteri juga puas dengan kolam mandi.

Apa yang agak ‘annoying’ adalah lagu yang agak ‘vibes’ yang sentiasa dipasang, apalagi bila ‘speaker’ berbentuk batu berada di hadapan bilik. Sekitar 10 malam rasanya baru keadaan sunyi.

Beberapa kerusi kolam disedeiakan dengan payung. Sesuailah bagi yang sudah atau tidak mahu berendam, menikmati minuman sambil menikmati ‘art’ biasan air kolam.

Terdapat satu gelongsor (slide) untuk mereka yang ingin merasakan sedikit ‘escape’ versi kanak-kanak.

Dari segi layanan staf kepada penulis sendiri, tiada sebarang masalah. Cukup ‘friendly’ ketika membuat pendaftaran. Sedia membantu penulis ketika ada tertinggal barangan dalam bilik selepas ‘check-out’. 

Berbaloikah Menginap Di Dashbox Cyberjaya ?

Dari segi harga dengan pengalaman yang diperoleh sepanjang menginap di sini, masih boleh dianggap berpatutan. Namun, agak mahal untuk fasiliti yang minimalis.

Dengan harga menghampiri RM300 (harga sebenar RM272) per malam. Bagi kelengkapan penginapan agak mahal akan tetapi dengan suasana, kawasan, kolam mandi dan permandangan fasiliti dan lanskap ia agak berpatutan.

dashbox 20kenangan 1

Informasi Pengunjung

Lokasi Penginapan

Cukup mudah untuk ditemui, apabila sampai di satu simpang empat Persiaaran Apec Cyberjaya. 

Jika dari Putrajaya terus ambil kiri, dan Dashbox Cyberjaya akan kelihatan di bahagian kanan.Waze dan Google Maps sahaja, tepat lokasinya.

Dashbox Resort,
Persiaran APEC,
Cyber 8,
63000 Cyberjaya, Selangor

Peta Lokasi Dashbox Resort Cyberjaya

Jenis Penginapan

Dashbox Studio Room

Harga Penginapan

RM272 per night

Fasiliti/Kemudahan

Wifi
Smart TV
Safe Box
Mini Freezer

Kelengkapan

Tuala : 2
Tempat Sidai Pakaian
Cerek Air c/w nescafe, boh sachet

Kelengkapan 20Dalam 20Bilik 1

Liputan Data Internet/Telekomunikasi

Umobile – 5G

Celcom – 5G

Polisi/Peraturan

Check In: 3.00 pm
Check Out: 12.00 pm

Hubungi

Telefon : +603 83227171

Dash Box Hotel Cyberjaya

Dash Box Hotel Cyberjaya
Experience the Urban Oasis of dash Box Hotel Cyberjaya your ultimate destination for a hotel experience that fuses industrial chic with stylish street art.

Book Here

 

Loading

Mizan Yusof

Seorang travel dan foodie blogger separuh masa dari tahun 2015. Berkongsi pengalaman di tempat percutian dan tempat makan yang pernah dilawati segala pandangan adalah pandangan penulis sendiri dari pengalaman tiada sebarang kaitan dengan pihak lain A part-time travel and foodie blogger since 2015. Sharing experiences from travel destinations and eateries that have been visited. All opinions expressed are solely those of the writer, based on personal experience, and are not associated with any other parties.

You may also like...

5 Responses

  1. baguuuuuus laaaah 😀

    saya dah terlanjur pula book hotel di KL untuk bulan july ini, dah tak bisa cancel. cyberjaya ini tapi agak jauh tak ke city centre bang? terkadang sebagai turis, saya prefer cari hotel yg dekat dengan laluan mrt/lrt, krn tak pakai kendaraan pribadi kan.

    tapi bagus juga kalo bisa stay di hotel unik ini. suka viewnya saat malam dan siang, krn langsung berbeda 😀

  2. penginapan di sini 3 star sahaja, mungkin tidak setanding hotel di dalam bandaraya. Tapi suasana dan vibes agak ok juga apalagi ada kolam mandi

    Bolehlah cuba nanti sebagai pengalaman…

    kalau menginap di sekitar sini lebih elok kena sewa mobil (kereta) kerana agak jauh dengan public transportation.

  3. RM300.00 utk satu malam agak mahal tapi kalau tmpt cantik and nice utk rileks sekali sekala lagi2 bersama keluarga.. ok kot kan 😀

  4. untuk keluasan dan kelengkapan bilik dan fasiliti menghampiri RM300 boleh dapat hotel agak sedang sedang mewah..

    tapi kalau untuk OOTD dan bergambar agak puas

  5. Itu lah saja saja nak OOTD memang ok sangat.. kalau bayar hotel that price mmg selesa sangat dah hihi 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *