Apabila anda ingin terbang dengan perkhidmatan Airasia terdapat satu lagi keperluan yang anda perlu tahu sebelum menaiki pesawat.


 

Saiz Bagasi Untuk Airasia
Saiz Bagasi Untuk Airasia

Periksa masuk bagasi, check in bagasi.

Check in untuk boarding pass satu dan lainnya anda perlu membuat periksa masuk untuk bagasi.

terdapat dua simpanan bagasi/beg/parcel yang anda bawa nanti dalam pesawat.
Satu dipanggil bagasi untuk kabin dan bagasi berdaftar.

Bagasi Kabin

Bagi kategori bagasi kabin, bermaksud barangan atau bagasi yang ingin anda bawa dalam kabin.


Lebih mudah ayatnya barangan yang akan anda bawa bersama di anda di tempat duduk pesawat.

Bagasi ini boleh disimpan dibahagian atas kepala anda atau anda sendiri meribanya apalagi meletakkan dibahagian kaki anda.

Terdapat ukuran tertentu yang telah dikeluarkan oleh pihak Airasia untuk bagasi yang akan anda bawa masuk ke kabin ini.

Jumlah Bagasi yang Dibenarkan

Pengguna dibenarkan membawa dua buah bagasi ke dalam kabin;

Satu (1) bagasi kabin atau satu (1) beg komputer riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil.

Saiz Ukuran Bagasi

Satu (1) Bagasi Kabin:



TIDAK MELEBIHI ukuran 56 cm (T) x 36 cm (P) x 23 cm (D).
MESTILAH MUAT diletakkan di dalam ruang simpanan bagasi di bahagian atas di dalam kabin pesawat.

saiz bagasi dalam kabin airasia
saiz bagasi dalam kabin airasia
 

Satu (1) beg Komputer Riba atau satu (1) beg tangan atau satu (1) beg bersaiz kecil:

MESTILAH TIDAK melebihi ukuran 40 cm (T) X 30 cm (L) X 10 cm (D).
MESTILAH MUAT diletakkan di bawah tempat duduk hadapan anda.
Jumlah berat kedua-kedua bagasi mestilah tidak melebihi 7 kg.

Penumpang sebolehnya kurangkan membawa bagasi ke kabin memandangkan ruang tempat duduk pesawat Airasia agak sempit untuk penerbangan menggunakan A320 dan kelas ekonomi.
 

itu saranan penulis.

Bagasi Berdaftar

Bagasi ini adalah kategori meletakkan bagasi atau beg anda ke dalam perut pesawat, ruangan kargo dalam pesawat, yang tiada bersama dengan anda. 

Kebiasaannya, untuk yang ini, memerlukan bayaran untuk anda, berbayar.

Saiz Bagasi yang Dibenarkan

Bagi yang berdaftar tiada sebarang ketetapan saiz untuk dibawa masuk. Cuma memerlukan ukuran beratnya sahaja. 

saiz bagasi untuk dalam kargo pesawat
saiz bagasi untuk dalam kargo pesawat
 

Berat Bagasi yang Dibenarkan

terdapat beberapa jenis pilihan berat yang diberikan untuk penumpang memilih antaranya;

saiz pilihan untuk bagasi airasia
saiz pilihan untuk bagasi airasia


15 kg (Tersedia untuk penerbangan domestik sahaja)
20 kg
25 kg
30 kg
40 kg
 

Jika anda membuat perjalanan ke atau dari Amerika Syarikat, bagasi berdaftar tersedia untuk pratempahan mengikut bilangan bagasi:

had berat satu bagasi airasia
had berat satu bagasi airasia


1 bagasi, berat maksimum 20 kg
2 bagasi, berat maksimum 20 kg setiap satu

Setiap syarikat penerbangan (airlines) sebenarnya memiliki polisi mereka masing-masing dalam penetapan syarat berapakah jumlah bagasi, berat maksima untuk di bawa dan jumlah bayaran.

Bayaran dan Caj untuk Bagasi Airasia

 
Bagi yang inginkan promosi dan nilai potongan (discount) untuk caj berat bagasi yang akan dibawa, boleh menjadi ahli kepada frequent flyer Airasia atau sebarang promosi dari premium flex Airasia.

caj bayaran dan belian berat bagasi airasia
caj bayaran dan belian berat bagasi airasia
  

Segala bayaran juga bergantung kepada jenis barangan yang anda ingin bawa ketika pengiystiharan barangan.

Segala pemilihan berat bagasi yang ingin dibawa nanti akan berlaku ketika anda membuat tempahan (booking) tiket anda.

 

Sebagai panduan kepada penumpang boleh rujuk jumlah caj yang dikenakan mengikut berat bagasi yang anda inginkan, dibawah;

Keselamatan Pesawat Bergantung Jumlah Berat Bagasi
 

Nampak mungkin remeh sahaja, namun, ia cukup penting untuk kita patuhinya kerana ia membabitkan keselamatan bagasi anda serta diri anda sendiri.

 Pengisytiharan berat dan barang apa yang dibawa ini untuk keselamatan penumpang memandangkan juruterbang perlu tahu berapakah berat yang sedang mereka bawa untuk menyeimbangkan dengan penggunaan minyak pesawat, dan beberapa talaan (setting) alatan dalam pesawat untuk penerbangan selamat dan terjamin.

Ini adalah tips dan panduan berat bagasi atau barangan yang penumpang boleh bawa untuk satu penerbangan dengan Airasia.

Rujukan Prosedur Naik Pesawat Airasia

Bagi yang masih baharu menggunakan perkhidmatan Airasi, boleh rujuk panduan di bawah;

 

Ini adalah urutan dan prosedur dari membeli tiket dan seterusnya menaiki pesawat Airasia sebagai pemula.

Selain airasia, Malaysia Airlines juga memiliki regulasi dan peraturan maksimum berat dan saiz yang dibenarkan. Boleh rujuk pautan di bawah;

Baca juga : Saiz dan Berat Maksimum Penerbangan Malaysia Airlines

0 Ulasan