Memasuki borneo atau lebih mudah Sabah dan Sarawak tidak seperti kebiasaan di semenanjung Malaysia iaitu tanpa sebarang dokumen perjalanan.

Dokumen Diperlukan Memasuki Borneo
Dokumen Diperlukan Memasuki Borneo
 

Maksud penulis adalah warga Malaysia sendiri yang ingin ke Sabah dan Sarawak, kebiasaannya mereka yang datang dari semenanjung Malaysia (Malaysia Timur).

 

Jika bukan warga Malaysia, semestinya memerlukan passport untuk memasuki Sabah dan Sarawak. 

Dokumen Sebelum Memasuki Sabah dan Sarawak

Terdapat dokumen yang diperlukan untuk rakyat Malaysia bukan lahir di Sabah dan Sarawak ketika mula mula tiba di lapangan terbang atau pelabuhan di kedua buah negeri itu.

Dua dokumen ini adalah bertujuan yang sama, namun, berbeza dari segi tempoh lawatan. satunya untuk tempoh 3 bulan dan ke bawah dan satu lagi untuk 3 bulan ke atas tempoh lawatan ke Sabah dan Sarawak.

Dokumen ini adalah sebagai perakuan menggantikan passport untuk Pas Lawatan Sosial (termasuk travel) dan Pas Lawatan Bisnes.

Dokumen yang dimaksudkan ialah;

Dokumen Gantian Perjalanan

Contoh Dokumen Gantian Perjalanan Sabah Sarawak
Contoh Dokumen Gantian Perjalanan Sabah Sarawak

 
1. Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk membuat lawatan ke Sabah atau Sarawak sebagai alternatif kepada Pasport Malaysia dan Dokumen Perjalanan Terhad.

2. Tempoh Sahlaku

Sekali perjalanan sahaja dan dianggap sebagai Pas Lawatan Sosial atau Bisnes yang melayakkan pemegangnya masuk dan tinggal di Sabah atau Sarawak bagi tempoh tidak lebih tiga (3) bulan.

3. Syarat-Syarat Am

Dokumen ini boleh diperolehi di kaunter Balai Ketibaan lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
Tidak dikenakan bayaran.
Tidak perlu akuan persetujuan ibu/bapa/penjaga.
 

4. Syarat Pemohon

Berusia 12 tahun ke atas
Kad Pengenalan
Kad Pengenalan polis/tentera
 

Berusia bawah 12    
Sijil kelahiran atau
Sijil anak angkat

Pastikan slip ini tidak dihilangkan atau ditinggalkan sebelum meninggalkan Sabah atau Sarawak. Pas lawatan berupa slip ini tidak laku untuk permit pekerjaan di Borneo

Dokumen Perjalanan Terhad

Dokumen Perjalanan Terhad Borneo
Dokumen Perjalanan Terhad Borneo

 
1. Tujuan

Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan.
 

2. Tempoh Sah laku

Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh dilanjutkan selama 5 tahun lagi
 

3. Syarat-Syarat Am

Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma.

Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang). 

Gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm - dua (2) keping
Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
 

MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
 

Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun.
Pemohon mesti hadir semasa permohonan dibuat.
 

4. Bayaran

RM 5.00 

5. Senarai Pejabat Pengeluar Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)

Boleh rujuk senarai ini | Klik Sini

Buku seperti passport ini boleh digunakan untuk bekerja di Sabah dan Sarawak dan pelajar yang sedang menuntut di Sabah dan Sarawak. Pembaharuan perlu dilakukan bila tamat tempoh 

Jika sudah memiliki passport merah, passport biru ini tiada pun tidak mengapa 

Cara Mendapatkan Dokumen Pas Lawatan Masuk Sabah dan Sarawak 

Dokumen Gantian Perjalanan masuk ini akan diperolehi ketika anda diperiksa imigresen sesudah sampai di lapangan terbang dan pelabuhan di Sabah dan Sarawak

Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) boleh dapatkan di pejabat pengeluar dokumen yang disenaraikan di atas. (nombor 5)

Memerlukan kad pengenalan sebagai pengesahan rakyat Malaysia.

Jika di dalam surat beranak atau kad pengenalan anda tertera tempat lahir sebagai lahir di Sabah atau Sarawak, anda tidak memerlukan dokumen ini walaupun kini anda menetap di semenanjung Malaysia.

Kenapa Dokumen Ini Diperlukan Memasuki Sabah dan Sarawak ?

Sejarah penggunaan dokumen berupa pas lawatan ini bermula apabila ketika Borneo (Sabah dan Sarawak) ingin menganggotai Gagasan Malaysia pada 1963, pihak penguasa ketika waktu tersebut meletakan syarat ini sebelum memasuki gagasan Malaysia.

 Point 6: Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

 Di atas adalah syarat yang di minta Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia.


3 Ulasan

  1. Tq share info..

    Dah lama x gi sabah sarawak...
    Nak ke sana skrg ni pun takut2 dah...
    Bila nak abs covid ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka baca , banyak info2 bole dapat kat sini.. :)

      Padam
    2. tu la..saya pun igt nak repeat balik ke sabah..macam tertinggal sesuatu hehe
      terima kasih kak kalau suka...baru berjinak jinak harap akan terus jinak

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.