Tasik bewarna biru bukan sesuatu yang asing di dunia. Terdapat beberapa tasik dengan airnya bewarna biru yang menjadi tarikan pelancongan.
 

Tasik Biru dan Tasik Hijau Bukit Ibam Pahang
Tasik Biru dan Tasik Hijau Bukit Ibam Pahang

Bukan kerana bias langit yang bewarna biru akan tetapi airnya sediri adalah bewarna biru. Antara tasik biru yang menjadi tarikan pelancongan di dunia adalah;



1. Tasik Garda, Itali
2. Tasik Crater, USA
3. Tasik Peyto, Kanada

Air Tasik Dengan Warna Menarik

Kebanyakan tasik biru yang terdapat di dunia adalah kerana kejernihan airnya yang memantulkan warna langit.  Tetapi ada juga tasik biru yang terbentuk kerana galian yang ada pada tanah seperti Tasik Biru Imotski di Croatia.

Tasik Biru Bukit Ibam Muadzam Shah Pahang


Namun, tahukah anda di Malaysia terdapat juga tarikan tasik dengan air bewarna biru.

Tasik Biru Bukit Ibam yang terletak dalam kawasan Muadzam Shah, Pahang menjadi tarikan pelancongan baharu dengan keunikan tasik yang memiliki air kebiruan lebih kepada warna cyan.
 

Tasik ini terbentuk dari kerja-kerja perlombongan di salah satu kawasan kuari bijih besi disini.

Warna birunya boleh bayangkan air limau biru ketika bulan puasa di bazar ramadhan.

Aktiviti yang Boleh Dilakukan Di Tasik Biru Bukit Ibam

Ketika penulis berkunjung ke sini, kuari ini masih aktif. Dikhabarkan kawasan kuari ini adalah kuari perlombongan bijih besi.
 

Hasil dari reaksi antara elemen dalam tanah ini menghasilkan sebatian lain yang menjadikan airnya bewarna biru.

Memandangkan ia masih kawasan aktif kuari, maka pengunjung tidak boleh mendekati airnya apalagi melakukan aktiviti.
 

Pengunjung boleh melihat dan menjadikan latar belakang tasik ini untuk mendapatkan gambar dengan panorama menarik.

Cukup terbaik untuk yang ingin mendapatkan kenangan gambar kahwin di sini. Apalagi dengan menggunakan 'drone' untuk mendapatkan aerial view yang berkualiti.

Terdapat beberapa pangkin untuk pengunjung menikmati alam semula jadi sekitar.
Boleh dijadikan tempat isitrehat dan mungkin perkelahan kecil dengan prosedur pembuangan sampah yang teratur.

Tasik Hijau Bukit Ibam

Tarikan Bukit Ibam bukan sahaja tertumpu kepada Tasik Biru ini. Terdapat satu lagi hasil alam semulajadi yang menarik.
Tasik yang memiliki warna air kehijauan.

Kawasan tasik hijau tidak begitu jauh dengan tasik biru, bersebelahan namun untuk masuk ke kawasannya agak sukar.
 

Dengan liputan ladang kelapa sawit dan batu-batu bukit bukau.

Tips Untuk Ke Tasik Biru Bukit Ibam

1. Pastikan kenderaan yang akan anda gunakan dalam keadaan terbaik. Kesukaran mendapatkan bantuan mungkin berlaku kerana kawasannya agak pedalaman.

2. Pastikan anda berteman. Melainkan anda sememangnya berpengalaman dalam ikhtiar hidup bersendirian. Ramai-ramai memudahkan apa apa jika berlaku sesuatu yang tak diingini.

3. Penulis cadangkan supaya mengisi bahan api (petrol) kenderaan anda mencukupi ketika di Pekan Muadzam Shah.
 

Perjalanan mengambil jarak sekitar 60km sehala, rancang penggunaan bahan api.

4. Datang ketika waktu siang dan cerah. Walaupun terdapat perkampungan di Bukit Ibam ia tetap kawasan hutan yang berbukit.
 

Risiko bahaya tetap ada. Hampir senja sebolehnya batalkan rancangan anda ke sini.

Ini adalah beberapa tips yang penulis boleh kongsikan melalui pengalaman ke Bukit Ibam.
 

Cara Untuk Ke Tasik Biru dan Tasik Hijau Bukit Ibam

Tidak begitu sukar ke Bukit Ibam, memandangkan ia sudah mula dikenali. Sudah ada yang berkongsi lokasi di aplikasi 'Google Maps' dan aplikasi carian 'Waze'.
 

Perjalanan akan memerlukan jarak sekitar pergi 60km dan 60km kembali ke Pekan Muadzam. Di Pekan Muadzam Shah buat carian Jalan Muadzam Shah - Bukit Ibam.

Teruskan pemanduan sehingga bertemu perkampungan Bukit Ibam. Kawasan tasik biru dan hijau Bukit Ibam adalah di pinggir perkampungan.
 

Jika carian secara manual, carilah jalan menuju ke menara Telekom Malaysia yang berada di kawasan bukit.

Jangan melepasi kuari, jika dari perkampungan Bukit Ibam masuk satu lorong kecil di sebelah kiri menuju ke menara TM.
 

Anda akan menemui Tasik Biru Bukit Ibam sebelah kanan melalui 'jendela' laluan kecil.

Bagi lokasi Tasik Hijau Bukit Ibam pula memerlukan anda membuat pendakian dan pemanduan dalam 300 meter dari Tasik Biru Bukit Ibam.

Boleh ikuti review dan walkthrough sekitar Tasik Biru dan Tasik Hijau Bukit Ibam Muadzam Shah di bawah;




Waktu Operasi

24 jam sehari

Harga Tiket Masuk

Percuma

Apa yang pasti Tasik Biru dan Tasik Hijau ini akan menjadi tarikan untuk negeri Pahang. Kini ia masih belum diteroka sepenuhnya, mungkin nanti apabila diambil alih oleh yang bertanggungjawab untuk pelancongan. Ia akan popular

0 Ulasan