Pulau Perhentian Terengganu sentiasa menjadi carian dan pilihan apabila ada yang ingin bercuti di pulau.

Pakej Day Trip Pulau Perhentian
Pakej Day Trip Pulau Perhentian
 

Terletak di utara Terengganu dan selatan Kelantan, merupakan pusat pelancongan strategik untuk percutian di pulau.

 

Terdiri dari dua buah pulau, iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar akan mula sibuk dengan pelancong ketika bulan Mac sehingga Oktober setiap tahun.

Day Trip Apabila Penginapan Penuh

Populariti percutian ke Pulau Perhentian juga merupakan salah satu faktor mengapa ramai yang mencari pakej Day Trip (Balik Hari) di Pulau Perhentian.

Terdapat pakej yang murah dan sesuai untuk mereka yang ingin bercuti di Pulau Perhentian tanpa bermalam.

Itinerary Day Trip Pulau Perhentian

Ini adalah contoh itinerary percutian Day Trip di Pulau Perhentian Terengganu.

Jam 8.00 a.m : Sampai Jeti Kuala Besut

Sudah sampai di Jeti Kuala Besut dengan segala persediaan. Dapatkan wakil agensi percutian dan buat bayaran selebihnya jika masih ada.

9.00 a.m : Menaiki Bot ke Pulau Perhentian

Menaiki bot ke Pulau Perhentian yang akan memakan masa sekitar 40 minit.

9.45 a.m : Check In dan Meletak Barang di Chalet/Resort

Daftar masuk ke tempat penginapan anda. Tidak perlu ke bilik, daftar dan letakkan barangan dan bagasi di tempat yang disediakan.

Tukar persalinan untuk snorkeling

10.00 a.m : Aktiviti Snorkeling

Tunggu bot untuk aktiviti snorkeling di pesisir pantai Long Beach, Pulau Perhentian Kecil. Bot tiba terus menuju ke point point snorkeling yang telah disediakan.

12.30 - 1.30 a.m : Makan Tengah Hari

Makan tengah hari sama ada di kedai makan dan restoren sekitar Kg Nelayan atau restoren sekitar Long Beach. Mengikut cadangan dari tekong bot.

2.00 p.m : Aktiviti Bebas

Sambung aktiviti snorkeling jika belum selesai lima 'check point' untuk snorkeling.

Jika sudah selesai snorkeling boleh lakukan aktiviti sendiri.

4.00 p.m : Naik Bot ke Jeti Kuala Besut

Bersiap untuk pulang. Naik bot di Jeti Kg Nelayan atau Jeti Long Beach untuk 40 minit perjalanan ke Jeti Kuala Besut.

*masa yang ditunjukan adalah sebagai rujukan bergantung kepada teknikal dan perubahan yang berlaku.

Tips dan Info Tambahan

Pastikan anda berada di Jeti Kuala Besut sebelum jam 8.00 a.m

Harga Pakej ( Belalang Holidays )

Dewasa

5 pax dan ke bawah : RM 85/pax

6 pax dan ke atas : RM 75/pax

Kanak Kanak 

3 - 12 tahun : RM 35/pax

Bawah 3 tahun : Percuma

Hubungi

Jika berminat menggunakan khidmat day trip Pulau Perhentian dengan Belalang Holidays boleh hubungi Mr Akeem : 010-2471472

atau

Lawati instagram "Pakejperhentianmurah"

Penulis menggunakan khidmat dari agen ini dan layanan terbaik dari awal tempahan sehingga balik.

12 Ulasan

  1. wah menaik juga ada info begini..

    senang nak target bila mahu pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila rentas negeri dan boleh..apalagi teruskan melancong

      Padam
  2. Menarik sekali informasinya juga informatif untuk calon pelancong.
    Salam.

    BalasPadam
  3. lama sungguh tak jalan ke mana2. naik jemu jelak dok rumah.. kira2 setahun dah tak ke mana2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la pasal...mengenang kenangan sajalah semoga dapat bercuti lagi

      Padam
  4. bole tahan murah jugak harga untuk day trip. haritu pegi pulau tak buat pun snorkeling

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin akan berubah harga nanti memandangkan pengusaha tengah tersepit pandemik covid huhu

      Padam
  5. Casino de L'Auberge de Casino de LA. de la Casino de L'Auberge de Casino de L'Auberge
    Casino de L'Auberge หาเงินออนไลน์ de Casino de L'Auberge 출장마사지 de Casino de L'Auberge bsjeon.net de Casino de L'Auberge de Casino de febcasino L'Auberge de Casino https://septcasino.com/review/merit-casino/ de L'Auberge de Casino de Casino de L'Auberge de Casino de

    BalasPadam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.