Setiap pelancong atau traveler memiliki kegemaran masing masing dalam memilih kenderaan untuk bercuti dan berjalan-jalan.


 

Senarai Portal Tempah Tiket Bas Online
Senarai Portal Tempah Tiket Bas Online

Menggunakan pengangkutan awam sebenarnya lebih menyenangkan tanpa perlu memikirkan mana kawasan parkir, stesen minyak untuk isi minyak, dan pencarian destinasi yang dituju.

 

Risiko Travel Dengan Kenderaan Sendiri

Memang dengan kenderaan sendiri kita bebas, namun, ada juga risikonya, sebagai contoh kecurian dan kemalangan kenderaan.
 

Oleh sebab itu, ada yang suka membuat perjalanan dengan pengangkutan awam untuk bercuti.

Kapal terbang, bas , kereta api, feri, bot merupakan pengangkutan awam yang biasa digunakan untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Pengangkutan Awam Darat Lebih Jimat

Penerbangan biasanya ada risiko dan memerlukan perbelanjaan yang mahal. Bagi destinasi memerlukan rentasan laut yang jauh penerbangan cukup efisien dan cepat. Bagi perhubungan darat seperti bas dan e-hauling lebih terasa perjalanan.

Bagi peminat bas ekspress, penulis senaraikan laman sesawang dan aplikasi untuk tempahan tiket ke destinasi yang anda tuju.

Bus Online Ticket

Bus Ticket Online Portal
Bus Ticket Online Portal

 

Sebuah platform carian tiket bas yang mudah. Buka sahaja laman sesawangnya terus anda boleh membuat tempahan bas mengikut destinasi.
 

Mereka jamin harga yang ditawarkan sama dengan harga belian di kaunter. Dengan promosi dan ganjaran yang akan diberikan kepada penumpang apalagi bantuan jika berlaku permasalahan.

Dengan 200 syarikat bas boleh anda dapatkan di Bus Online Ticket Malaysia merangkumi 8000 perjalanan serata Malaysia dan Singapura.
 

Bagi perjalanan Singapura boleh dapatkan tiket melalui Bus Online Ticket Singapura.

Apa yang menarik dengan Bus Online Ticket Malaysia terdapat nilai ganjaran yang boleh dikumpul apabila menggunakan khidmat mereka.

Bus Online Ticket Malaysia bukan sahaja membolehkan anda menempah tiket bas tetapi terdapat pakej seperti;

- Tempahan Tiket Bas dan Hotel
- Tempahan Tiket Feri
- Tempahan Tiket Kereta Api

Redbus

Redbus Portal
Redbus Portal

 

Warna merah menjadi tema warma Redbus, bersesuaian dengan namanya. Rangkaian Redbus adalah besar, bukan merangkumi satu saja negara.
 

Ia adalah aplikasi dan kemudahan pembelian tiket bas global, luar negara juga ada.

Malaysia, Singapura, Indonesia, India, malahan di Colombia dan Peru menggunakan aplikasi Redbus.
Terbaik untuk mereka yang melancong ke luar negara menggunakan aplikasi ini.

Mendapatkan bas ke destinasi di luar negara sudah tidak begitu memeningkan lagi dengan Redbus.

Dengan statistik sekarang;

- 1.8 juta pengguna seluruh dunia
- 2300 syarikat bas
- 180 juta tiket terjual

CatchThatBus

Catch That Bus Portal
Catch That Bus Portal

 

Dengan lebih 700 destinasi dan lebih 80 operator bas ekspress, Catch That Bus antara alternatif lain untuk mendapatkan tiket bas.
 

Laman sesawang yang mudah dan cepat, masuk sahaja laman sesawangnya terus anda boleh membuat tempahan tiket bas ke serata destinasi.

Laluan destinasi tertumpu untuk Malaysia dan Singapura

Easybook

Easybook Bus Ticket Portal
Easybook Bus Ticket Portal

 

Satu lagi platform alternatif lain jika ingin anda mendapatkan tiket bas. Easybook adalah satu platform besar untuk pengangkutan awam.
 

Pelbagai tiket boleh dibeli melalui atas talian (online) di sini. Bukan sahaja tiket bas, tiket pesawat, tiket tren dan tiket feri juga ada dijual.

Apa yang menarik, dalam Easybook anda yang ingin ke Hatyai, Thailand boleh mendapatkan tiket disini.
 

Easybook bukan sahaja ada di Malaysia malahan termasuk negara ASEAN lain.

Laman Sesawang Terminal 17 Shah Alam

Terminal 17 Portal
Terminal 17 Portal

 

Anda juga boleh layari laman sesawang Terminal 17 Shah Alam Selangor untuk membuat tempahan.
 

Semestinya anda perlu menaiki bas di terminal ini.

Apa yang pasti dengan membuat tempahan awal di laman sesawang ini memudahkan anda tanpa perlu beratur di kaunter.

Laman Web Ekspres Perdana

Bagi yang selalu menaiki bas perdana ekspres dan percaya akan bas ini. Boleh buat tempahan awal atau periksa destinasi melalui laman sesawang mereka.
Perdana Ekspres agak popular untuk destinasi seluruh Malaysia.

Laman Web SaniExpress

Sani Express ada membuat online form untuk penumpang tetap mereka yang tidak mahu menyusahkan diri ke kaunter mereka.
 

Tempah sahaja melalui laman sesawang Sani Express pada menu 'book'. Destinasi seluruh Malaysia ada dijual di sini.

Tempah Tiket Bas Di Laman Web Syarikat Bas

 
Kebanyakan syarikat bas ekspres ternama memiliki laman sesawang yang membolehkan penumpang setia mereka untuk membuat tempahan awal.

Ini lagi memudahkan maklumat kepada penumpang, kerana semestinya penumpang terbabit tahu apakah bas yang mereka tempah berbanding aplikasi dan laman sesawang tempahan tiket bas yang agak 'universal'. 

Cara Bayaran Tempahan Tiket Online

Kebanyakan portal atas talian (online portal) menawarkan cara bayaran yang banyak seperti online banking, credit card, debit card, paypal dan beberapa cara transaksi lain.

Bagi Transaksi Malaysia Ringgit (MYR):


1. Credit Card (Visa, MasterCard)
2. Maybank2U
3. FPX (Most Malaysia bank’s including Alliance, Hong Leong, RHB, CIMB Bank, AM Bank and others)
4. Mobile Money
5. Paypal

Tempah Awal Tiket Bas Jimatkan Masa dan Bajet

Penulis senaraikan beberapa aplikasi dan laman sesawang yang membolehkan mereka yang ingin ke destinasi menggunakan bas ekspress atau bas persiaran. 

Harap boleh membantu untuk memudahkan dan mempercepatkan tempahan tiket bas tanpa perlu beratur dan berbaris di kaunter.


2 Ulasan

  1. Dah lama x naik bas...
    tapi betul senang nak beli tiket skrg ni.. semua pun mudah secara online..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang kadang akan terasa nak gunakan bas..boleh kembalikan kenangan haha..

      sekarang, kena tempah awal nak elakan kumpul ramai ramai...

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.