Adaptor atau soket, jika anda melancong di dalam domestik seperti dalam Malaysia sahaja tiada sebarang masalah.


 

senarai soket dan plug seluruh dunia
senarai soket dan plug seluruh dunia

Soket untuk mencucuk tujuan pengecasan atau mengalirkan arus elektrik kepada barangan elektrik anda adalah sama.

 

Perbezaan Soket dan Plug Seluruh Negara Di Dunia

Masalah akan bermula apabila anda dari kawasan berlainan atau negara berlainan untuk melancong ke negara luar.

15 Jenis Soket Berlainan Di Seluruh Dunia

Setakat kini terdapat 15 jenis adaptor atau soket yang ada di dunia. Ada adaptor soket yang mewakili satu satu negara sahaja dan ada guna mewakili benua.


Soket dan Plug Seluruh Dunia
Soket dan Plug Seluruh Dunia


Bagi memudahkan anda untuk mengenalpasti adaptor soket yang sesuai untuk anda beli dan bawa apabila melancong ke negara-negara tertentu, boleh rujuk senarai di bawah.

Istilah

Plug in : Soket dengan batang atau serampang
Outlet : lubang pada dinding

Outlet Soket Type-A

Type A Socket and Plug
Type A Socket and Plug

 
Negara yang menggunakan : Amerika Utara, Amerika Tengah, Venezuela, the Caribbean dan Jepun


Bentuk Adaptor : rata,dua serampang


Ciri-ciri Adaptor : Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 110-127V. Namun, terdapat perbezaan batang (prong) antara Amerika dan Jepun.


Serampang untuk Amerika satunya lebar manakala serampang untuk Jepun kedua keduanya sama saiz. Type-A boleh digunakan kepada outlet Type-A dan Type-B.

Outlet Soket Type-B


 


Negara yang menggunakan : Amerika Utara, Amerika Tengah, Venezuela, the Caribbean dan Jepun


Bentuk Adaptor : rata,tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor : Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 110-127V. Namun, terdapat perbezaan batang (prong) antara Amerika dan Jepun.
 

Serampang untuk Amerika satunya lebar manakala serampang untuk Jepun kedua keduanya sama saiz. Kebanyakan negara Amerika menggunakan Type-B. Type-B hanya boleh digunakan untuk outlet Type-B

Oulet Soket Type-C


 


Negara yang menggunakan : Kebiasaannya di Eropah kecuali Ireland, the United Kingdom, Malta dan Cyprus. Juga digunakan di Amerika Selatan.


Bentuk Adaptor : bulat,dua serampang


Ciri-ciri Adaptor :Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 220-240V. Sesuai untuk alatan menggunakan arus 2.5amp dan kurang.
 


Alatan plug ins Sesuai :
Type-(E, F, J, K dan N)

Outlet Soket Type-D

 




Negara yang menggunakan : Afghanistan, Bangladesh, Benin, Botswana, Cameroon, Chad, Dem. Rep. of Congo (Zaire), Dominica, Ecuador, El Salvador, Ethiopia, French Guiana, Ghana, Greece, Guadeloupe, Guyana, Hong Kong, India, Iraq, Jordan, Kenya, Lebanon, Libya, Macao, Madagascar, Maldives, Martinique, Monaco, Myanmar (Burma), Namibia, Nepal, Niger, Nigeria, Pakistan, Qatar, St. Kitts-Nevis, Senegal, Sierra Leone, Sri Lanka, Sudan, Tanzania, United Arab Emirates, Yemen, Zambia, Zimbabwe.


Bentuk Adaptor : bulat ,tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor :Juga dikenali sebagai Old British Plug. Tiga serampang bulat sama besar dalam kedudukan segitiga.


Alatan plug ins Sesuai : Type-D

Outlet Soket Type-E


 


Negara yang menggunakan : Czech Republic, Belgium, France, Poland, Slovakia dan sebahagian Afrika.


Bentuk Adaptor : bulat, tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor : Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 220-240V dan arus sehingga 16 amps.


Alatan plug ins Sesuai : Type-(C,E dan F)

Outlet Soket Type-F


 


Negara yang menggunakan : Eropah dan Rusia.


Bentuk Adaptor : bulat, tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor : Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 220-240V dan arus sehingga 16 amps.Sama seperti Type-E


Alatan plug ins Sesuai : Type-(C,E dan F)

Outlet Soket Type-G


 


Negara yang menggunakan
: the United Kingdom, Ireland, Cyprus, Malta, Singapore, Malaysia dan Hong Kong.


Bentuk Adaptor : rata, tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor : Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 220-240V dan arus sehingga 13 amps.


Alatan plug ins Sesuai : Type-G

Outlet Soket Type - I


 


Negara yang menggunakan
:  Australia, New Zealand, Argentina dan China.


Bentuk Adaptor : rata, tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor : Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 220-240V dan arus sehingga 15 amps. Australia dan China memiliki plug ins dan outlets yang sama.


Alatan plug ins Sesuai : Type-I

Outlet Soket Type - J


 


Negara yang menggunakan : Switzerland dan Lichtenstein.


Bentuk Adaptor : bulat, tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor : Adaptor sebegini membenarkan voltan sekitar 220-240V dan arus sehingga 10 amps. 


Alatan plug ins Sesuai : Type-(C dan J)


Outlet Soket Type - K


 


Negara yang menggunakan : Denmark dan Greenland.


Bentuk Adaptor : tiga segi bulat dengan bulat terakhir seperti tersenyum.


Ciri-ciri Adaptor : Unik dan ekslusif untuk Denmark dan Greenland
 

Alatan plug ins Sesuai : Type-C dan Type-K (tidak sesuai dan tidak selamat untuk Type-E dan Type-F)

Outlet Soket Type - L


 


Negara yang menggunakan :
Itali dan Chile


Bentuk Adaptor : Lubang soket menegak bulatan tiga


Ciri-ciri Adaptor : Bentuk unik yang hanya untuk plug dan soketnya sahaja.
 

Alatan plug ins Sesuai : Type-C dan Type-L (10A), Type-L (16A)

 


Outlet Soket Type - M


 


Negara yang menggunakan : Afrika Selatan.


Bentuk Adaptor : bulat, tiga serampang


Ciri-ciri Adaptor : Type-D versi besar. Sukar untuk ditemui pada universal adaptor.
 

Alatan plug ins Sesuai : Type-M


Outlet Soket Type - N


 


Negara yang menggunakan : Brazil dan Afrika Selatan.


Bentuk Adaptor : dengan bentuk unik dan rapat lubangnya


Ciri-ciri Adaptor : Memiliki nilai arus yang berbeza.
 

Alatan plug ins Sesuai : Type-C dan Type-N


Outlet Soket Type - O


 


Negara yang menggunakan : versi ekslusif negara Thailand.


Bentuk Adaptor : tiga segi bulat namun memiliki tapak plug yang agak berbeza.


Ciri-ciri Adaptor : Unik dan ekslusif untuk negara Thai.
 

Alatan plug ins Sesuai : Type-C dan Type-O (tidak sesuai dan tidak selamat untuk Type-E dan Type-F)


Adaptor Universal yang Boleh Digunakan

Outlets Type D (India), Type H (Israel), Type K (Denmark and Greenland) dan Type O (Thailand) boleh digunakan oleh alatan dengan plug ins Type-C.

Adaptor Soket Universal Di Pasaran

Pada asasnya usah peningkan diri sendiri dengan jenis dan type outlets dan plug ins yang ada di muka bumi.


 


Kini, terdapat universal adaptor yang memuatkan banyak plug ins untuk outlets negara yang sering dilawati dan untuk travel di dunia.

Beli Universal Travel Adaptor [Shopee] : KLIK SINI

Beli Universal Travel Adaptor [Lazada] : KLIK SINI

Beli Universal Adaptor yang Biasa Digunakan Traveler

Pastikan anda membeli universal adaptor yang memiliki benua popular yang sering dilawati, contohnya Asia, Amerika, eropah atau Australia dan New Zealand.

Jenis Soket Paling Sukar Ditemui 

Benua dan kawasan seperti ini memang ada pada universal adaptor. Untuk Afrika Selatan yang menggunakan Type-M, mungkin memerlukan anda membeli plug ins dengan Type-M itu sendiri.

Mungkin perkongsian ini boleh membantu anda untuk mudah mendapatkan adaptor untuk alatan anda seperti telefon pintar, laptop, power bank dan sebarang gajet ketika travel. 

Dapatkan sahaja universal adaptor untuk memudahkan kerja anda namun jika ada yang begitu unik boleh membelinya di pasaran.



4 Ulasan

  1. ms pergi UK dulu mmg teruja teruk bla jumpa soket 3 pin hahahaha terasa mcm berada kat rumah sendiri... then soket paling sy x suka, soket 2 pin kt thai... penah kn renjatan letrik tp x kuat laa ms kt hotel kt bangkok... eee...mmg x boleh lupa tang tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. uk ngan malaysia dan mcm adik beradik hehe..pergh bahaya betul..kene pulak kalau duk chalet yang agak usang risau jgk bab letrik ni huhu

      Padam

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.