Pulau Kapas adalah salah satu pulau yang boleh dikatakan unik di Terengganu. Walaupun kecil dan tidaklah begitu jauh dari daratan semenanjung Malaysia, ia tidak lekang dari pelancong.

Contoh Itinerary Day Trip Pulau Kapas
Contoh Itinerary Day Trip Pulau Kapas

Kehidupan selebriti Mat Dan sebagai rakyat Malaysia bermula di Pulau Kapas.

 

Perjalanan Mat Dan adalah untuk menuju ke Australia dan New Zealand, namun, perjalanannya terhenti dan terus menyebabkan dia jatuh cinta dengan Pulau Kapas.

Keunikan dan tarikan Pulau Kapas memang akan terpahat bagi mereka yang pernah ke sini.

Pulau Kapas Semakin Meriah

Dahulu tiada sebarang aktiviti yang banyak disediakan di Pulau Kapas, sekadar mandi manda sekitar resort dan penginapan chalet yang anda tinggal.

Akan tetapi kini beberapa aktiviti yang menarik ada di Pulau Kapas. Bagi yang kekurangan masa dan tenaga untuk menginap satu malam atau dua malam di Pulau Kapas, boleh menempah pakej day trip di Pulau Kapas sebagai pengenalan dengan Pulau Kapas.

Contoh Tentatif Program Day Trip Pulau Kapas Terengganu

Ini adalah contoh itinerary percutian day trip atau balik hari di Pulau Kapas Terengganu.

1. Jeti Marang (8.00 pagi-9.00 pagi)

Pengunjung dinasihatkan untuk mendapatkan feri ke Pulau Kapas paling awal.
Terbaik adalah jam 9 pagi.

2. Jeti Pulau Kapas (9.35 pagi-9.45 pagi)

Perjalanan dengan feri atau bot akan mengambil masa sekitar 35 minit hingga 40 minit.
Ada masa lebih kurang 15 minit untuk bersiap.

3. Trip Bukit Singa (10.00 pagi - 1.00 petang)

Pastikan sudah memakai pakaian sesuai untuk hiking dan trekking, bawa sekali pakaian mandi/basah.
 

Jam 10 pagi aktiviti ke Bukit Singa akan bermula.

Bagi aktiviti ini pengunjung diberikan masa lebih kurang 3 jam.

4. Rehat, Makan dan Solat (1.00 petang - 2.00 petang)

Waktu makan adalah antara jam 12.30 petang hingga 2.30 petang. Bagi jangka waktu sejam pengunjung bolehlah berehat sebentar dan solat bagi yang muslim.
Jika ada yang mengambil pakej 'lunch buffet' terus ke kafe makan penginapan anda.

5. Snorkeling Taman Laut Pulau Kapas (3.00 petang - 5.00 petang)

Oleh kerana Pulau Kapas adalah yang terkecil antara pulau-pulau lain, hanya satu sahaja point untuk snorkeling.
 

Ia dipanggil Taman Laut Pulau Kapas.

Disini pengunjung diberikan masa selama 2 jam untuk snorkeling.

Menikmati ikan-ikan, dan karangan. Jangan lupa bawa roti atau makanan tiada kolestrol lain untuk mengumpan ikan datang dekat dengan anda.
 

Setiap pengunjung akan diberikan alatan snorkeling, kehilangan akan dikenakan bayaran.

Pengunjung perlu membayar deposit sebanyak RM10/equipment.

6. Jeti Pulau Kapas ke Jeti Marang

Dinasihatkan untuk mengambil trip bot/feri pada jam 5.30 petang.

Tempoh Waktu Day Trip

Waktu day trip balik hari Pulau Kapas adalah dari 9 pagi sehingga 5.30 petang.

Harga Day Trip Pulau Kapas

Boat transfer + Snorkeling equipment + Life jacket + Trip Bukit Singa = RM 64-RM79 (dewasa), RM54-RM65 (kanak-kanak)

Add on Package:

Marine Park : RM10
Lunch Pack : RM10
Kayak : RM20/jam
Lunch Buffer : RM35 (dewasa), RM20 (Kanak-Kanak)

Fi Taman Laut Pulau Kapas (bayaran masuk taman laut)

Warganegara Malaysia : RM5/seorang sekali masuk (dewasa), RM2/seorang sekali masuk (Warga emas dan Kanak-kanak), OKU masuk percuma.
 

Bukan Warganegara : RM30/seorang sekali masuk (dewasa), RM15/seorang sekali masuk (Warga emas dan Kanak-kanak), OKU masuk percuma.

Tips Day Trip Pulau Kapas

 Untuk lebih maklumat mengenai percutian day trip di Pulau Kapas, boleh rujuk artikel di bawah mengenai waktu bot/feri dari Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas dan sebaliknya.

 

Beberapa panduan dan tips untuk percutian balik hari sebagai panduan ketika day trip di Pulau Kapas, Terengganu

Contoh Pakej Day Trip yang Ditawarkan

Sebagai contoh pakej day trip yang selalu dipromosikan dan selalu diberikan kepada bakal pelancong sebagaimana di bawah;

Pakej Day Trip Pulau Kapas
Pakej Day Trip Pulau Kapas

Pakej Combo Day Trip Pulau Kapas
Pakej Combo Day Trip Pulau Kapas
 

Melalui pakej dari iklan ini alhamdulillah semua berjalan lancar dan jika ingin mencuba boleh hubungi individu/agen iklan di atas

2 Ulasan

Sila Komen Dengan Patuh Tata Kesusilaan dan Kesopanan dan tidak melanggar polisi kemanusiaan.

Please leave the comment which is not against our humanity policies. No spam, no hated speech.